Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Jaminan Kualiti Universiti Putra Malaysia Kali Kedua | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Jaminan Kualiti Universiti Putra Malaysia Kali Kedua

Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Jaminan Kualiti Universiti Putra Malaysia Kali Kedua

     

29 September 2025, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Task Force  Jaminan Kualiti Universiti Putra Malaysia Kali Kedua pada 22 Julai 2025 di Bilik Mesyuarat Pusat Jaminan Kualiti, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi. Mesyuarat telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Task Force  Jaminan Kualiti yang telah dilantik dengan tanggungjawab membangunkan kerangka jaminan kualiti Universiti Putra Malaysia; dan merangka pelaksanaan jaminan kualiti Universiti Putra Malaysia secara dalaman menerusi integrasi jaminan kualiti akademik dan jaminan kualiti perkhidmatan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Jaminan Kualiti ketika itu, Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib. Di antara ahli yang hadir adalah Puan Hjh. Haslida Hassan, Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan, Encik Abdullah Arshad, Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Encik Shahriman Hashim, Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Felo Bersekutu Kualiti Akademik dan Felo Bersekutu Kualiti Perkhidmatan CQA serta Ketua Seksyen CQA.

Mesyuarat telah meneliti Kerangka Jaminan Kualiti yang dibangunkan untuk menunjukkan pemetaan struktur kualiti yang merangkumi nilai, governan, sistem pemantauan kualiti, pemegang taruh dan matlamat keberhasilan jaminan kualiti UPM; menyatakan hubung kait antara kualiti perkhidmatan dan kualiti akademik sebagai satu sistem jaminan kualiti unggul di UPM; dan menjadi rujukan kepada pemegang taruh, pihak-pihak berkepentingan dan pekerja UPM.

     

Tarikh Input: 25/09/2025 | Kemaskini: 29/09/2025 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W, (08:12:06am-08:17:06am, 18 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]