Lawatan Penandaaras Oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Lawatan Penandaaras oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Lawatan Penandaaras oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

24 Mei 2024, Serdang – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pusat Pengurusan dan Penjaminan Kualiti (PPPK) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Putra Malaysia pada Jumaat, 24 Mei 2024. Delegasi lawatan seramai empat belas orang diketuai oleh Dr. Mohamad Nor bin Hassan (Timbalan Pengarah PPPK) dan turut disertai oleh Ketua-ketua dan Timbalan-timbalan Ketua Juruaudit Dalaman bagi QMS, ISMS dan Kualiti Akademik serta staf PPPK.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian ilmu dalam pengurusan kualiti serta berkongsi amalan terbaik yang dipraktikkan di Pusat Jaminan Kualiti UPM dalam konteks pelaksanaan sistem pengurusan audit dalaman ISO dan akademik dari beberapa aspek seperti pemilihan dan pelantikan juruaudit dalaman, sistem penjadualan audit dan tempoh pengauditan, pengurusan laporan Ketidakakuran (NCR) dan OFI serta latihan kepada juruaudit dalaman. Sesi perkongsian oleh pihak CQA di kongsi dan di bentangkan oleh Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria (Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik) dan Puan Haslida binti Hassan (Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan) serta turut dihadiri oleh Cik Aidawati Ramali (Ketua Seksyen Data Program), Puan Rahmawati Umar (Ketua Seksyen Audit Program) dan Puan Zenaida binti Md Zenon (Ketua Seksyen Audit Kualiti). Sesi dimulakan dengan taklimat berkaitan pelaksanaan dan pengurusan ISO serta pelaksanaan dan pengurusan kualiti akademik dan diikuti dengan sesi soal jawab dan perbincangan di antara kedua-dua Universiti.

Secara keseluruhan, sesi perbincangan selama dua jam ini memberi impak yang positif kepada kedua-dua Universiti kerana dapat berkongsi maklumat serta bertukar pandangan mengenai pengurusan dan pelaksanaan kualiti akademik dan kualiti pengurusan yang terbaik serta bersesuaian untuk dilaksanakan di Universiti masing-masing.

 

       
   
       

Tarikh Input: 19/06/2024 | Kemaskini: 19/06/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W.2025/7/6:20:08:12~noCache