|
22 Julai 2026, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Putra Malaysia telah menerima lawatan penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Bahagian Kaunseling (BKU) dan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KTMB), UPM pada 9 Jun 2026 manakala dari Pusat Perhubungan Alumni (PPA), UPM pada 12 Jun 2026. Delegasi lawatan oleh BKU adalah seramai 24 orang, KTMB seramai 14 orang manakala delegasi PPA adalah seramai 21 orang. Lawatan penadaarasan ini bertujuan untuk melihat amalan terbaik EKSA yang telah dilaksanakan di CQA. Lawatan oleh BKU dan PPA telah dimulakan dengan aluan oleh Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan, Puan Rozi Tamin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA CQA, kemudian disusuli dengan taklimat ringkas mengenai pelaksanaan EKSA di CQA oleh Puan Zenaida Md Zenon, selaku Penyelaras EKSA CQA. Kemudian delegasi telah dibawa melawat ke keseluruhan ruang di CQA. Manakala delegasi oleh KTMB telah diberi taklimat oleh Puan Nurainakmal Kamal Bahrin, yang juga Penyelaras EKSA UPM dan kemudian dibawa melawat ke keseluruhan ruang di CQA. CQA mendapat maklum balas yang positif hasil lawatan tersebut. Antara maklum balas yang diterima dari wakil delegasi mengenai pelaksanaan EKSA di CQA adalah sangat baik dan cemerlang. Antara ruang EKSA yang menarik perhatian adalah Sudut Bacaan CQA dan pantri. Secara keseluruhan, lawatan ini telah memberi impak yang sangat positif kepada semua PTJ yang terlibat kerana dapat berkongsi maklumat serta bertukar pandangan mengenai pengurusan dan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang terbaik serta bersesuaian untuk dilaksanakan di PTJ masing-masing.
|
![]() |
||
| Berita yang ditulis oleh | :Zenaida Md Zenon | Seksyen Audit Kualiti | Pusat Jaminan Kualiti |
Tarikh Input: 20/07/2026 | Kemaskini: 26/07/2026 | aidawati

(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor