Taklimat Pengukuhan Pemahaman Untuk Kajian Rintis APEL.C | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Taklimat Pengukuhan Pemahaman untuk Kajian Rintis APEL.C

Taklimat Pengukuhan Pemahaman untuk Kajian Rintis APEL.C

   
       
   
       

12 Januari 2024, Serdang - Bahagian Pengurusan Kualiti Akademik dan Akreditasi, Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah mengadakan Taklimat Pengukuhan Pemahaman untuk Kajian Rintis APEL.C pada 12 Januari 2024 bertempat di Dewan OSH, UPM. Taklimat ini diadakan bertujuan meneliti, memahami dan membuat penambahbaikan terhadap isi kandungan Buku Panduan APEL.C, proses,carta alir dan borang yang akan digunakan untuk Kajian Rintis APEL.C di UPM pada bulan Mac 2024 nanti. 

Taklimat ini telah dihadiri seramai 30 orang peserta melibatkan Penasihat, Moderator dan Penilai dari Fakulti Pengajian Pendidikan dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Manakala Unit APEL.C terdiri daripada staf Bahagian Kemasukan UPM (Prasiswazah) dan Unit Akademik, Sekolah Pengajian Siswazah (Siswazah), Felo Bersekutu CQA, Ts. Puan Juraidah dari Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) dan Prof. Madya Dr. Suriana dari Pusat Pembangunan Kecemerlangan dan Kepimpinan Akademik (CADe-Lead).

Bagi pelaksanaan kajian rintis APEL.C, terdapat dua Kursus telah dipilih iaitu Pengucapan Awam di bawah program Bacelor Komunikasi dengan Kepujian, FBMK serta Perubahan dan Pembangunan Organisasi di bawah program Master Pembangunan Sumber Manusia , FPP.

Taklimat telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Noor Syamilah (Timbalan Pengarah, CQA), Cik Aidawati Ramali dan En. Salahuddin Ahmad iaitu pegawai Bahagian Pengurusan Kualiti Akademik dan Akreditasi,CQA dan Ts. Puan Juraidah, Pegawai Teknologi Maklumat, iDEC.

Tarikh Input: 19/02/2024 | Kemaskini: 20/02/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdMAC~