Kursus Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Kursus Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015

Kursus Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015

1 Mac 2024 ,Serdang- Pusat Jaminan Kualiti telah menganjurkan Kursus Audit Dalaman QMS MS ISO 9001:2015 untuk tahun 2024 (Siri 1) pada 29 Februari sehingga 1 Mac 2024 (Khamis dan Jumaat) di Mini Auditorium 1, Aras 3, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, UPM bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Kursus ini adalah kursus kompetensi dengan tujuan untuk melantik juruaudit PTJ baharu sebagai persediaan kepada Audit Dalaman UPM bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 yang akan dijalankan dari 22 April 2024 sehingga 28 Jun 2024.

Kursus ini dikendalikan oleh Encik Mohd Izhwan Muhamad dari Fakulti Sains Teknologi Makanan, UPM yang juga adalah Juruaudit Universiti serta mempunyai pengalaman yang luas dalam Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001 sama ada di dalam atau pun di luar Universiti Putra Malaysia.

Kursus in dihadiri oleh 37 orang peserta dengan objektif untuk mempelajari secara khusus berkaitan klausa di dalam standard ISO yang berkuatkuasa, cara-cara merancang, melaksana, menyedia laporan dan membuat tindakan susulan audit dalaman, menulis laporan ketakakuran dan cara-cara membuat tindakan pembetulan dan susulan terhadap ketakakuran bagi memantapkan pelaksanaan audit dalaman di dalam meningkatkan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti UPM.

Kursus ini berjaya mencapai objektif yang dirancang dan peserta sangat berpuas hati terhadap penganjuran kursus.

 

   
     
   
     

Tarikh Input: 28/04/2024 | Kemaskini: 03/05/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXFODA7~