| PUSAT JAMINAN KUALITI
senarai pengumuman terkini

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 Universiti Putra Malaysia akan diadakan pada 6 hingga 8 Jun 2017

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) ISO 14001:2004 Universiti Putra Malaysia akan diadakan pada 13 hingga 16 Jun 2017

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 akan diadakan pada 10 hingga 21 Julai 2017

HKIP yang merupakan acara tahunan UPM akan kembali untuk tahun 2018 ini dengan 9 anugerah dan hadiah iaitu:

1. Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran;
2. Anugerah Inovasi Perkhidmatan ;
3. Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif;
4. Anugerah Pengurusan Lean;
5. Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja;
6. Anugerah Pengurusan Laman Web;
7. Anugerah Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;
8. Anugerah Indeks Akauntabiliti;
9. Anugerah Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran;
10. Hadiah Mencipta Tema; dan
11. Hadiah Idea Inovasi.

Pemenang bagi anugerah dan hadiah HKIP akan disampaikan semasa Majlis Sambutan HKIP pada 2 November 2018.

Adalah dimaklumkan bahawa perubahan masa untuk Mesyuarat Penutupan Audit Pensijilan Semula SIRIM ISO 9001:2015 diawalkan seperti berikut:
 
Tarikh: 25 Mei 2018 (Jumaat)
Masa Terbaru: 3.30 petang
Tempat: Dewan Senat, Aras 1, Bangunan Canselori Putra
 
Sekian, untuk makluman.
Adalah dimaklumkankan bahawa satu Mesyuarat Jawatankuasa Kualiti UPM Kali Ke-40 akan diadakan seperti butiran di bawah:
 
Tarikh     : 10 Julai 2018 (Selasa)
Masa       : 9.00 pagi
Tempat   : Dewan Senat, Aras 1, Bangunan Canselori Putra, UPM
Adalah dimaklumkankan bahawa satu Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Kali Ke-7 & Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) Kali Ke-5 UPM 2018 akan diadakan seperti butiran di bawah:
 
Tarikh     : 7 Ogos 2018 (Selasa)
Masa       : 2.30 petang
Tempat   : Dewan Senat, Aras 1, Bangunan Canselori Putra, UPM
Adalah dimaklumkan bahawa satu Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ISO/IEC 27001 akan diadakan seperti berikut:
 
Tarikh : 17 hingga 19 Julai 2018
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Sekitar UPM (PTJ yang berkenaan sahaja)
Adalah dimaklumkan bahawa satu Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ISO/IEC 27001 akan diadakan seperti berikut:
 
Tarikh : 23 hingga 26 Julai 2018
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Sekitar UPM (PTJ yang berkenaan sahaja)
Adalah dimaklumkankan bahawa satu Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 di Pusat Jaminan Kualiti akan diadakan seperti butiran di bawah:
 
Tarikh     : 17-18 Julai 2018 (Selasa & Rabu)
Masa       : Sepanjang hari
Tempat   : Bilik Mesyuarat CQA
Adalah dimaklumkan bahawa satu Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 UPM akan diadakan seperti berikut:
 
Tarikh      : 2 September 2018 (Ahad)
Masa        : Sepanjang hari
Tempat    : Kolej-kolej kediaman (pendaftaran pelajar baharu)
 
Tarikh      : 1-2 Oktober 12018 (Isnin & Selasa)
Masa        : Sepanjang hari
Tempat    : Sekitar UPM
Adalah dimaklumkan bahawa satu Audit Pemantauan Semakan 1 Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) ISO 14001:2015 UPM akan diadakan seperti berikut:
 
Tarikh      : 12-14 September (Rabu-Jumaat)
Masa        : Sepanjang hari
Tempat    : Sekitar UPM
 
 
Adalah dimaklumkan bahawa satu Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 UPM akan diadakan seperti berikut:
 
 
Tarikh      : 1-3 Oktober 2018 (Isnin - Rabu)
Masa        : Sepanjang hari
Tempat    : Sekitar UPM
Seperti semua sedia maklum, gangguan bekalan air di beberapa kawasan termasuk UPM akan bermula pada 9 Oktober 2018 (Selasa) hingga 11 Oktober 2018 (Khamis). Sehubungan dengan itu, beberapa kaedah catuan bekalan air akan dilaksanakan di bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) iaitu:
 
  1. Semua bilik air/tandas di bahagian sayap timur dan barat bangunan (di semua aras) akan ditutup. Hanya bilik air/tandas di bahagian tengah (bersebelahan dengan lif) akan dibuka. Kaedah ini dapat meningkatkan kawalan & mengurangkan penggunaan air terutama bagi kerja pencucian.
 
  1. Penutupan paip utama di sayap timur dan barat bangunan juga akan menyebabkan semua surau dan pantri di PTJ tidak mendapat bekalan air paip. Bagi yang ingin mengambil wudhuk, mohon guna bilik air yang dibuka sahaja.
 
  1. Tong bekalan air tambahan disediakan di bilik air/tandas yang dibuka sahaja. PTJ boleh mengambil inisiatif masing-masing dengan menyediakan tong simpanan air tambahan bagi menyimpan bekalan air untuk kegunaan di pantri atau kegunaan lain yang difikirkan sesuai.
 
  1. Pemantauan tahap bekalan air dalam tangki utama bangunan akan dilaksanakan secara berkala dengan kerjasama PPPA.
 
  1. Tekanan pam air turut akan direndahkan bagi mengelak pembaziran.
 
  1. Kerja pencucian kenderaan jabatan dan siraman pokok dihentikan.
 
  1. Penggunaan bagi tujuan peribadi seperti mandi dsb adalah dilarang.
 
Dimaklumkan bermula 8 Oktober 2018 (Isnin) jam 6.00 petang, semua bilik air/tandas dan paip utama di sayap timur dan barat bangunan akan ditutup. Kaedah catuan bekalan air ini akan tamat sebaik bekalan air pulih seperti biasa. Sebarang pertanyaan, boleh merujuk Encik Muhammad Izzat/ Encik Erwan di sambungan 1607. Makluman dan kerjasama semua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
Ketua Pentadbiran
Pejabat TNCPI
8 Oktober 2018
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.
 
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Bagi menyokong usaha dan hasrat universiti ke arah pengurangan & penjimatan penggunaan kertas, maka dengan itu bermula tahun 2018 ini Pusat Jaminan Kualiti (CQA) akan mengagihkan sijil penyertaan dalam bentuk e-sijil.
 
Untuk tujuan itu, sila klik pautan berita di bawah dan kemudian klik pada kategori anugerah/pertandingan/hadiah bagi penyertaan untuk Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) 2018.
 
 
 
Sekian, untuk makluman bersama.
PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
BVJaSA:18:25