Kelab Kebajikan & Sosial CQA Membuat Edaran Bakul Ramadan | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Kelab Kebajikan & Sosial CQA Membuat Edaran Bakul Ramadan

Kelab Kebajikan & Sosial CQA Membuat Edaran Bakul Ramadan

 
     

8 Mac 2024, Serdang- Kelab Kebajikan dan Sosial (KKS), Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melancarkan Bakul Barakah Ramadan mulai 26 Januari 2024 bertujuan menyediakan ruang serta peluang kepada staf CQA yang berhajat berkongsi rezeki dan merebut ganjaran pahala di bulan puasa melalui sumbangan berupa makanan.

Inisiatif ini merupakan kali kedua diadakan setelah mendapat sambutan yang menggalakan pada tahun lepas. Antara sumbangan yang telah diterima daripada staf CQA adalah pek kurma, kordial Sunquick, sirap ros, susu tin pekat dan susu tin cair, sambal hitam belimbing, pek beras serta serunding. Manakala sumbangan yang diterima dalam bentuk tunai digunakan untuk KKS menyediakan juadah berbuka puasa setiap Jumaat petang sepanjang bulan Ramadan seperti Roti John, kuih gula melaka, puding karamel dan air koktail.

Menjelangnya 1 Ramadan 1445H bersamaan 12 Mac 2024, Kelab Kebajikan dan Sosial telah membuat edaran Bakul Barakah Ramadan pada 8 Mac 2024 dengan dihadiri oleh semua staf CQA bertempat di Read@CQA. Sejurus selepas itu, KKS telah menganjurkan Sambutan Hari Jadi buat warga CQA yang menyambutnya pada bulan Januari (Cik Hajah Aidawati Ramali), bulan Februari (Cik Nor Syazila Abdul Rahim) dan bulan Mac (Puan Shamriza Shari).

Diharapkan edaran Bakul Ramadan ini akan terus menjadi aktiviti tradisi KKS untuk tahun mendatang.

Tarikh Input: 28/04/2024 | Kemaskini: 28/04/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXFNEAd~