Bengkel Penyelarasan Tindakan Laporan Audit Pematuhan Swaakreditasi UPM | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Bengkel Penyelarasan Tindakan Laporan Audit Pematuhan Swaakreditasi UPM

Bengkel Penyelarasan Tindakan Laporan Audit Pematuhan Swaakreditasi UPM

5 Mac 2024, Serdang- Bahagian Pengurusan Kualiti Akademik dan Akreditasi (BPKAA), Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Tindakan Laporan Audit Pematuhan Swaakreditasi UPM pada 5 Mac 2024 bertempat di Thinker Space 1.0, Fakulti Kejuruteraan, UPM.

Bengkel tersebut telah dihadiri oleh ahli pengurusan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) iaitu Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff (Dekan), Prof. Dr. Zuriati Ahmad Zulkarnain (Timbalan Dekan) dan En. Mohamad Hafiz Mohamad (Pegawai Tadbir). Manakala Prof. Madya Dr. Suriana Sabri (Timbalan Pengarah) dan Puan Azirawani (Pegawai Tadbir) hadir mewakili Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADE-Lead) serta Puan Besek Intan Zafina Basok iaitu Ketua Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik (BAKD).

Bengkel tersebut juga turut dihadiri oleh 3 orang Felo Bersekutu CQA terdiri daripada Prof. Madya Dr. Muskhazli Mustafa, Dr. Farah Adibah Che Ishak dan Prof. Madya Dr. Mohammad Ibrani Shahrimin Adam Assim (hadir secara atas talian).

Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada entiti yang berkenaan untuk memberikan input terhadap laporan Audit Pematuhan Swaakreditasi UPM yang dijalankan pada 21 hingga 23 Jun 2022 bagi tujuan pengekalan status swaakreditasi UPM kali ke kedua. Hasil maklumbalas tersebut akan dikemukakan kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam Laporan Dwitahunan pada bulan Jun 2024.

 

     
     

Tarikh Input: 28/04/2024 | Kemaskini: 28/04/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXFNJAz~