TAKLIMAT PEMANTAPAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) TAHUN 2023 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » TAKLIMAT PEMANTAPAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) TAHUN 2023

TAKLIMAT PEMANTAPAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) TAHUN 2023

   

11 Mei 2023, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) selaku peneraju amalan persekitaran berkualiti UPM telah mengadakan Taklimat Pemantapan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) secara dalam talian kepada semua Penyelaras EKSA PTJ lantikan baharu. Seramai 24 orang peserta hadir pada sesi taklimat ini yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Penyelaras EKSA PTJ lantikan baharu berhubung pelaksanaan Amalan EKSA UPM berdasarkan keperluan yang dinyatakan dalam Panduan Pelaksanaan EKSA yang terkini bagi membantu kelancaran pelaksanaan EKSA di PTJ dan UPM secara keseluruhan. EKSA merupakan satu inisiatif yang dilaksana di UPM bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, berimej korporat, kreatif dan inovatif dengan penerapan amalan kelestarian hijau bagi menyokong pelaksanaan ISO dan Penarafan UI-Green Metric.

Taklimat ini merupakan salah satu  daripada aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh CQA sepertimana yang dinyatakan dalam kaledar aktiviti EKSA UPM.  Taklimat disampaikan oleh Puan Shamriza Shari selaku Penyelaras EKSA UPM yang menfokuskan kepada topik berikut:

1) Latar belakang pelaksanaan EKSA di UPM;

2) Pengenalan dan Pelaksanaan EKSA secara umum;

3) Kriteria Penilaian EKSA yang diguna pakai;

4) Contoh Amalan Terbaik EKSA;

5) Impak Sebelum dan Selepas Pelaksanaan EKSA; dan

6) Hasil Kreativiti dan Inovasi.

EKSA telah dilaksanakan di UPM bermula tahun 2020 sebagai salah satu usaha menjenamakan semula Amalan 5S sepertimana yang telah dihasratkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU).

Tarikh Input: 21/06/2023 | Kemaskini: 29/09/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdPAm~