Taklimat Pelaksanaan Penilaian Kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Tahun 2023/2024 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Taklimat Pelaksanaan Penilaian Kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Tahun 2023/2024

Taklimat Pelaksanaan Penilaian Kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Tahun 2023/2024

 

 
     

27 Oktober 2023, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) selaku peneraju amalan persekitaran berkualiti UPM telah mengadakan Taklimat Pelaksanaan Penilaian Kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Tahun 2023/2024. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pencerahan kepada Penilai dan Penyelaras EKSA pusat tanggungjawab sebelum sesi Penilaian Kendiri EKSA dilaksana di semua pusat tanggungjawab di UPM bermula 1 November 2023 hingga 31 Januari 2024.  Objektif taklimat ini diadakan adalah untuk:

 

  1. Meningkatkan pemahaman berkaitan kaedah penilaian kendiri EKSA di kalangan Penilai EKSA pusat tanggungjawab;
  2. Memudahkan penilai menjalankan penilaian berdasarkan kriteria dan etika yang ditetapkan; dan
  3. Memastikan penilaian dilaksanakan mengikut piawaian dan garis panduan yang telah dibangunkan di UPM.

 

Seramai 209 orang peserta hadir pada sesi taklimat yang diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet ini. Taklimat disampaikan oleh tiga (3) orang pegawai UPM iaitu Puan Shamriza Shari selaku Penyelaras EKSA UPM daripada Pusat Jaminan Kualiti, Puan Zaidina Mohd Daud selaku Ketua Fasilitator EKSA UPM daripada Fakulti Sains dan Puan Marziati Md Din selaku Timbalan Fasilitator EKSA UPM daripada  Bahagian Audit Dalam. Antara topik yang menjadi pengisian kepada taklimat ini adalah seperti berikut:

 

  1. Pelan Pelaksanaan Penilaian EKSA UPM;
  2. Matlamat, Tujuan dan Kaedah Penilaian EKSA;
  3. Peranan Penilai EKSA; dan
  4. Komponen Penilaian EKSA.

 

Taklimat ini diharap dapat membantu kelancaran proses penilaian dan pemarkahan kendiri EKSA bagi tujuan Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja Tahun 2023/2024 iaitu salah satu daripada anugerah yang akan dipertandingkan semasa Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan UPM Tahun 2024.

Tarikh Input: 31/10/2023 | Kemaskini: 31/10/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdEAg~