Taklimat Pelaksanaan Anugerah Kualiti Dan Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran – HKIP UPM Tahun 2023/2024 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Taklimat Pelaksanaan Anugerah Kualiti dan Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran – HKIP UPM Tahun 2023/2024

Taklimat Pelaksanaan Anugerah Kualiti dan Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran – HKIP UPM Tahun 2023/2024

 

26 Julai 2023, Serdang - Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai HKIP kembali pada tahun ini namun dengan format yang baharu. Format baharu ini telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU)  melalui Minit 873.16(l)(1)  bertarikh 7 Jun 2023 di mana mesyuarat JPU bersetuju memanjangkan tempoh penilaian iaitu bermula 1 Ogos 2023 sehingga 31 Julai 2024. Pemanjangan tempoh ini adalah untuk memberi ruang kepada amalan pembudayaan kualiti yang lebih berkesan berbanding tahun sebelumnya. Ini kerana untuk  memastikan keberkesanan suatu amalan yang berkualiti ianya mesti melalui suatu tempoh yang munasabah. Tempoh selama 12 bulan adalah lebih sesuai untuk dijadikan bulan pertandingan bagi menerapkan  nilai amalan pembudayaan berkualiti agar lebih sebati dalam diri setiap warga UPM. Selaras dengan perubahan format ini maka HKIP akan datang dikenali dengan HKIP 2023/2034.

Menelusuri kembali sejarah penganjuran HKIP ia bermula pada tahun 2013 dan setiap tahun  penganjuran pertandingan HKIP telah diadakan kecuali ia terhenti pada tahun 2020 dan 2021 akibat pandemik Covid 19. HKIP diteruskan pada tahun 2022 dengan aura kemeriahan yang terhebat di mana ia telah mencatatkan jumlah pengunjung fizikal tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pusat Jaminan Kualiti telah pun mengadakan Taklimat Anugerah Kualiti dan Penarafan Bintang pengurusan Pentadbiran di mana peneraju-peneraju anugerah telah membentangkan kriteria penilaian kepada semua Timbalan Wakil Pengurusan serta warga UPM melalui platform Zoom  pada 26 Julai 2023.  Turut diuarkan HKIP 2023/2024 akan mempertandingkan jumlah  anugerah yang sama seperti tahun 2022 iatu masih mengekalkan 10 anugerah dan 2 hadiah.

Berdasarkan kiraan secara tahunan, HKIP akan datang iaitu 2023/2024 akan memasuki fasa 10 tahun penganjuran oleh itu adalah wajar ia  melalui sedikit pembaharuan dengan pemanjangan tempoh penilaian.

Semoga warga UPM bersama-sama menyokong dan mengambil bahagian agar dapat menzahirkan impak budaya kualiti dan inovasi yang mencerminkan kualiti perkhidmatan yang mantap dan cemerlang.

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 24/08/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdJAS~