Taklimat Kesedaran Dan Peluasan Skop Pendaftaran Pelajar Baharu Siswazah, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Taklimat Kesedaran dan Peluasan Skop Pendaftaran Pelajar Baharu Siswazah, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)

Taklimat Kesedaran dan Peluasan Skop Pendaftaran Pelajar Baharu Siswazah, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)

   

5 April 2023, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti telah mengadakan Taklimat Kesedaran dan Peluasan Skop Pendaftaran Pelajar Baharu Siswazah, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) secara dalam talian kepada semua pegawai Pusat Tanggungjawab yang terlibat dengan peluasan skop ISMS antaranya Sekolah Pengajian Siswazah, Pusat Kesihatan Universiti, Pusat Antarabangsa, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi, Pejabat Bursar dan UPM Kampus Bintulu. Taklimat ini disampaikan oleh Timbalan Wakil Pengurusan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat, Ts. Shahril Iskandar Amir dan dibantu oleh Timbalan Wakil Pengurusan Sekolah Pengajian Siswazah yang juga merupakan Ketua bagi Pasukan Pendaftaran Pelajar Baharu Siswazah UPM iaitu Puan Norhasliza Hassan.

Seramai 69 orang peserta hadir pada sesi taklimat ini yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada semua pegawai di PTJ yang terlibat berkaitan latar belakang pelaksanaan ISMS, sejarah pelaksanaan ISMS di UPM, penemuan audit pensijilan ISMS yang terdahulu dan pelaksanaan ISMS dalam konteks pendaftaran pelajar baharu siswazah. Peserta juga turut diberi kesedaran berhubung kepentingan memelihara keselamatan maklumat dalam pelaksanaan operasi kerja berteraskan kepada  elemen CIA (Confidentiality, Integrity, Availability) yang diibaratkan jantung kepada pelaksanaan ISMS.

Taklimat ini merupakan persediaan aktiviti peluasan skop ISMS tahun 2023 bagi proses pendaftaran pelajar baharu siswazah yang dijangka akan melalui Audit Pemantauan Semakan 1 SIRIM QAS pada pertengahan Oktober 2023.

Tarikh Input: 10/04/2023 | Kemaskini: 10/04/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdFAB~