Taklimat Jaminan Kualiti Akademik 2023 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Taklimat Jaminan Kualiti Akademik 2023

Taklimat Jaminan Kualiti Akademik 2023

 

21 Disember 2023, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah mengadakan Taklimat Jaminan Kualiti Akademik 2023 kepada semua Timbalan-timbalan Dekan Akademik Prasiswazah dan Siswazah Fakulti/Sekolah pada 21 Disember 2023 bertempat di Dewan Senat, Bangunan Canselori Putra, Universiti Putra Malaysia. Taklimat yang telah diadakan secara hibrid tersebut dihadiri seramai 26 orang secara fizikal manakala 65 orang secara atas talian.

Taklimat yang buat pertama kali diadakan ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Amin Ismail, Pengarah CQA serta turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria (Timbalan Pengarah CQA), Puan Nurhanisah binti Sadun (Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Akademik dan Akreditasi), Puan Haslida binti Hassan (Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan) dan Cik Aidawati  binti Ramali (Ketua Seksyen Data dan Daftar Program).

Taklimat ini diadakan bertujuan memperkukuh pemahaman tentang keperluan terkini jaminan kualiti akademik, mempertingkat tanggungjawab pengurusan kualiti akademik di peringkat fakulti/sekolah  dan medan perbincangan bersama fakulti/sekolah berkaitan isu/cabaran jaminan kualiti akademik di fakulti/sekolah.

Sesi taklimat ini amat signifikan bagi memastikan pematuhan berterusan pengurusan jaminan kualiti akademik kepada standard terkini MQA. Taklimat ini juga merupakan platform terbaik untuk Timbalan-timbalan Dekan Akademik Prasiswazah dan Siswazah mengajukan pertanyaan berkaitan hal akademik kerana taklimat turut dihadiri oleh wakil Bahagian Urus Tadbir Akademik (BAKD) dan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS).

Tarikh Input: 28/01/2024 | Kemaskini: 28/01/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdFAU~