Sesi Perkongsian Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bersama Ketua Fasilitator EKSA UPM | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Sesi Perkongsian Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bersama Ketua Fasilitator EKSA UPM

Sesi Perkongsian Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bersama Ketua Fasilitator EKSA UPM

     
     

 

   

 

8 Ogos 2023, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah mengadakan satu Sesi Perkongsian Pelaksanaan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bersama Ketua Fasilitator EKSA UPM iaitu Puan Azwana Ab Rahman daripada Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS).  Program ini dilaksanakan pada 8 Ogos 2023 bertempat di Foyer Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra, UPM serta secara dalam talian melalui Aplikasi Google Meet dengan pihak UPM Kampus Bintulu (UPMKB).

Seramai 33 orang peserta hadir pada program ini yang rata-ratanya terdiri daripada barisan Fasilitator EKSA UPM serta pegawai dan Urusetia CQA.

Program ini bertujuan untuk mendapatkan tip dan perkongsian ilmu daripada Ketua Fasilitator EKSA bagi memantap kemahiran dan pengetahuan barisan Fasilitator EKSA UPM berhubung pelaksanaan EKSA dan seterusnya membantu fasilitator dalam usaha untuk menyemarakkan lagi budaya kerja berkualiti menerusi amalan EKSA di PTJ dan UPM secara keseluruhan.

Program ini juga secara tidak langsung bertujuan untuk meraikan dan memberi penghargaan di atas komitmen dan sumbangan Puan Azwana Ab Rahman di atas penglibatan beliau dalam pembangunan EKSA UPM sejak tahun 2020 hingga kini sebelum beliau mula bersara pilihan pada 1 September 2023. Sesi ini juga menyaksikan simbolik penyerahan tugas daripada Puan Azwana Ab Rahman kepada kepada Ketua Fasilitator EKSA UPM yang baharu iaitu Puan Zaidina Daud daripada Fakulti Sains.

Tarikh Input: 21/08/2023 | Kemaskini: 21/08/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdLAk~