Pusat Jaminan Kualiti, UPM Santuni Anak-Anak Pelajar Kaum Semai, Tapah | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Pusat Jaminan Kualiti, UPM Santuni Anak-Anak Pelajar Kaum Semai, Tapah

Pusat Jaminan Kualiti, UPM Santuni Anak-Anak Pelajar Kaum Semai, Tapah

13 Disember 2024, Cameron Highlands - Pendedahan mengenai program pendidikan berakreditasi penuh amat penting serta memberi impak terhadap perkembangan kerjaya seseorang individu dan hal ini terbukti apabila pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tapah, Tapah memberi kerjasama dengan baik dengan menghantar 60 orang pelajar tingkatan empat yang 95% majoritinya terdiri daripada anak-anak suku Kaum Semai ke Program Akreditasi Pemangkin Kecemerlangan Kualiti pada 13 Disember 2023.

Program yang berlangsung selama satu hari di MARDI Cameron Highlands, Pahang ini mengetengahkan dua slot iaitu Slot Pengurusan Akreditasi Pemangkin Kecemerlangan Kualiti yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, manakala slot kedua disampaikan oleh Cik Nor Syazila Abdul Rahim mengenai Teknik Gaya Belajar.

Program ini memfokuskan kepada impak jangka panjang dan jangka pendek yang mana dengan memahami Teknik Gaya Belajar yang perinci mengikut kesesuaian diri masing-masing, mereka boleh mengaplikasi teknik tersebut sepanjang tempoh pengajian di sekolah sehingga mereka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia agar mereka memperoleh Keputusan yang lebih cemerlang dalam pelajaran, manakala pengetahuan mengenai Pengurusan Akreditasi Pemangkin Kecemerlangan Kualiti pula memberi pendedahan mengenai kepentingan program pendidikan yang mempunyai akreditasi penuh daripada MQA dalam sistem pendidikan di Malaysia serta impaknya terhadap perkembangan kerjaya mereka pada masa hadapan.

Program Akreditasi Pemangkin Kecemerlangan Kualiti merupakan sebuah program komuniti yang dilaksanakan oleh CQA yang mana walau tugasan hakiki lebih berfokus kepada kualiti perkhidmatan dan akreditasi program pendidikan dalam universiti, tetapi  sekumpulan staf turut turun padang bagi membantu berkongsi ilmu kepada golongan yang memerlukan sebagai salah satu aktiviti kesukarelawanan dan khidmat masyarakat yang mewakili UPM kepada komuniti.

 

   
     

 

 

 

 

Tarikh Input: 25/02/2024 | Kemaskini: 19/03/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdEA7~