Perbincangan Tindakan Penambahbaikan Berdasarkan Laporan Audit Pematuhan Swaakreditasi UPM 2022 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Perbincangan Tindakan Penambahbaikan Berdasarkan Laporan Audit Pematuhan Swaakreditasi UPM 2022

Perbincangan Tindakan Penambahbaikan Berdasarkan Laporan Audit Pematuhan Swaakreditasi UPM 2022

25 September 2023, Serdang –Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah mengatur satu perbincangan untuk membuat penambahbaikan berdasarkan Laporan Audit Pematuhan Swaakreditasi UPM 2022 yang telah diterima daripada pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Perbincangan ini telah diadakan secara fizikal dan hybrid pada 25 September 2023 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Tadbir Urus Akademik, tingkat 1 Bangunan Canselori Putra, UPM pada jam 2.30 petang kerana terdapat dua orang peserta dari UPM Kampus Bintulu iaitu Felo Bersekutu (FB) CQA yang tidak dapat hadir ke Serdang. Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, selaku Timbalan Pengarah, Pusat Jaminan Kualiti telah mempengerusikan perbincangan ini yang dihadiri oleh FB CQA yang pakar dalam bidang COPIA, Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead), Bahagian Tadbir Urus Akademik (BAKD), Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dan beberapa orang pegawai dari CQA.

Perbincangan berkisar tentang cadangan rangka tindakan penambahbaikan, cadangan gerak kerja memperincikan tindakan penambahbaikan dan garis mana pelaksanaan tindakan penambahbaikan berdasarkan kepada 3 perkara yang di ketengahkan berdasarkan laporan tersebut iaitu, penjajaran PLO kepada MQF 2.0 untuk program prasiswazah dan pascasiswazah, status semakan kurikulum program prasiswazah dan pascasiswazah dan penyelarasan Programme Self-Review Report (PSRR) dan semakan semula program.

Perbincangan bersetuju untuk mengambil tindakan dengan kadar segera terutama tentang penjajaran PLO kepada MQF 2.0 kerana bimbang teguran ini akan berulang pada masa yang akan datang. BAKD dan SPS perlu sentiasa memantau dan mengingatkan pemilik program supaya mengambil tindakan segera dalam masalah ini dan menyenaraikan program yang belum membuat penjajaran PLO ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Universiti dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Siswazah Universiti supaya pengurusan fakulti yang hadir dalam kedua-dua mesyuarat tersebut sedar dan peka dengan perkembangan program masing-masing.

Perbincangan juga turut bersetuju supaya BAKD dan SPS sentiasa memastikan pemilik program membuat semakan kurikulum mengikut tempoh penawaran terutama untuk program pascasiswazah Master Secara Kerja Kursus. Semakan semula prosedur perlu dibuat sama ada oleh BAKD dan SPS bagi memastikan pemilik program sedar dengan tempoh semakan semula program. Pemilik program juga perlu mematuhi panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak CADe-Lead dalam merangka dokumen semakan kurikulum. 

Bagi penyelarasan PSRR dan semakan kurikulum pula telah dipersetujui supaya satu bengkel perlu diadakan pada bulan Oktober atau November untuk menyelaras kedua-dua dokumen tersebut supaya tidak bertindan antara satu sama lain dan tidak akan membebankan pemilik program untuk menyediakan kedua-dua dokumen tersebut berulang kali sewaktu menyediakan dokumen untuk semakan semula program.

 
 
 

Tarikh Input: 20/09/2023 | Kemaskini: 09/10/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdKAm~