Perbincangan Tindakan Pelaksanaan Kajian Rintis APEL.C | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Perbincangan Tindakan Pelaksanaan Kajian Rintis APEL.C

Perbincangan Tindakan Pelaksanaan Kajian Rintis APEL.C

 

 
 

17 November 2023, Serdang - Satu Perbincangan Tindakan Persediaan Pelaksanaan Kajian Rintis APEL.C UPM telah diadakan secara atas talian (Google Meet) bersama Unit APEL.C iaitu Bahagian Kemasukan dan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), Pentadbir APEL.C, Penasihat, Penilai dan Moderator dari Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) dan Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan Akdemik (CADe-Lead) pada 17 November 2023.

 

Perbincangan bertujuan untuk memaklumkan bahawa  UPM telah berjaya dalam penilaian awal bagi permohonan menjadi Pusat Penilaian APEL.C dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bersetuju membenarkan UPM melaksanakan Kajian Rintis melibatkan kursus yang dimohon APEL.C iaitu Perubahan dan Pembangunan Organisasi di bawah program Master Pembangunan Sumber Manusia (FPP) dan kursus Pengucapan Awam di bawah program Bacelor Komunikasi dengan Kepujian. 

 

Dalam perbincangan tersebut, ahli bersetuju diadakan sesi taklimat pengukuhan pemahaman APEL.C pada 12 Januari 2024 sebagai salah satu persediaan pelaksanaan kajian rintis bermula pada Semester Kedua 2023/2024 pada 18 Mac 2023. Berdasarkan perancangan, ahli akan melaksanakan proses sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku Panduan APEL.C, cuba mengisi borang-borang yang terlibat dan melaksanakan pentaksiran ke atas Ujian Portfolio dan Ujian Cabaran yang diduduki pelajar. Hasil kajian rintis tersebut, UPM dijangka mengadakan pembentangan di MQA pada bulan Mei 2024.

 

 

Tarikh Input: 17/11/2023 | Kemaskini: 27/11/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdFAa~