Penilaian Kendiri EKSA CQA | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Penilaian Kendiri EKSA CQA

Penilaian Kendiri EKSA CQA

14 Februari 2024, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan Penilaian Kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PTJ pada 23 Januari 2024. Penilaian Peringkat 1 oleh Penilai Luar ini adalah bagi tujuan pemarkahan Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja Tahun 2023/2024.

Penilaian telah dilaksanakan oleh Encik Mohd Hafiz Amrullah, Pegawai Kewangan dari Pejabat Bursar dan Puan Siti Salbiah Othman, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC). Penilaian telah dimulakan dengan aluan oleh Puan Haslida Hassan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA CQA dan diikuti oleh taklimat ringkas mengenai pelaksanaan EKSA CQA oleh Puan Zenaida Md Zenon yang juga Penyelaras EKSA CQA.

Penilai kemudian dibawa ke keseluruhan ruang CQA di dalam skop EKSA iaitu ruang pejabat, bilik mesyuarat, pantri, bilik ISO, bilik solat, tandas, ruang cetak dan stor peralatan pejabat untuk dinilai dan Pegawai yang Bertanggungjawab (PYB) kepada ruang-ruang yang berkaitan telah memberi taklimat kepada penilai mengenai pelaksanaan dan penambahbaikan yang telah dibuat di ruang masing-masing. Pembentangan penilaian oleh kedua-dua penilai telah dilaksanakan pada jam 3.00 petang dengan dihadiri oleh semua staf CQA bagi mendapat input hasil penilaian EKSA yang dijalankan. Cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh penilai diterima oleh CQA sebagai ruang dan peluang untuk menambahbaik pelaksaaan EKSA di CQA.

       
     
     
     

Tarikh Input: 19/02/2024 | Kemaskini: 19/02/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdPAE~