Penganjuran Kursus COPPA For Beginners | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Penganjuran Kursus COPPA for Beginners

Penganjuran Kursus COPPA for Beginners

24 Oktober 2023, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah berjaya menganjurkan projek sulung untuk penjanaan pendapatan melalui penganjuran kursus "COPPA for Beginners" yang telah diadakan pada 24 Oktober 2023 bertempat di Putra Future Classroom, Fakulti Pengajian Pendidikan.

Kursus ini telah berjaya menarik 17 orang peserta dari UPM Education Training (UPMET) seramai 5 orang, Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) seramai 3 orang, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) seramai 2 orang, Taylor's University Lakeside Campus seramai 2 orang, ALFA University College seramai 2 orang dan Universiti Putra Malaysia seramai 2 orang.

Barisan penceramah yang terlibat dalam menjayakan kursus ini terdiri daripada Felo Bersekutu CQA iaitu Prof. Madya Dr. Muskhazli Mustafa (Fakulti Sains), Prof. Madya Ir. Dr. Farah Nora Aznieta Abd. Aziz (Fakulti Kejuruteraan) dan Prof. Madya Dr. Fazirulhisyam Hashim (Fakulti Kejuruteraan).

Fokus utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta topik seperti berikut:

  1. Memahami kandungan dokumen COPPA 2nd Edition
  2. Memahami kepentingan 3 columnar mapping MQA
  3. Memahami keperluan dan mengenalpasti strategi penyediaan dokumen MQA-01 dan MQA-02
  4. Memahami keperluan, kaedah dan strategi pengisian instrumen penilaian (EI) MQA
  5. Mengaplikasi strategi pengisian penilaian kendiri (SSR)

 

Melalui penganjuran kursus ini, hasil janaan pendapatan yang telah diperolehi adalah sebanyak RM 5710.00

     
     
     
 

Tarikh Input: 31/10/2023 | Kemaskini: 31/10/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdKAW~