Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Universiti Putra Malaysia Tahun 2023 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Universiti Putra Malaysia Tahun 2023

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Universiti Putra Malaysia Tahun 2023

19 September 2023, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Kajian Semula  Pengurusan  (MKSP) ISO Sistem  Pengurusan  Kualiti  (QMS) dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Universiti Putra Malaysia Kali Ke-13 pada tahun 2023 secara hibrid iaitu bertempat di Dewan Senat, Bangunan Canselori Putra serta di atas talian melalui Aplikasi Zoom. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor, Professor Dr. Ismi Arif Ismail ini diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali dengan tujuan melaksanakan semakan pengurusan ke atas sistem pengurusan ISO QMS dan ISMS secara berkala bagi memastikan ia terus sesuai, mencukupi, dan berkesan; membuat penilaian ke atas peluang penambahbaikan dan keperluan perubahan kepada ISO termasuk Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti, Dasar dan Objektif ISMS; serta meneliti laporan yang berkaitan dan membuat keputusan yang sesuai bagi memastikan sistem penyampaian Universiti Putra Malaysia adalah berkesan.

 

Keahlian MKSP ini turut dianggotai oleh Wakil Pengurusan, semua Timbalan Naib Canselor, semua Ketua Pusat Tanggungjawab, Timbalan Wakil Pengurusan ISMS, Timbalan Wakil Pengurusan Peneraju Proses (TWP PP), Timbalan Wakil Pengurusan Pusat Tanggungjawab (TWP PTJ), Pegawai Kawalan Dokumen (PKD), Penyelaras Audit (PAD), Penyelaras Kepuasan Pelanggan Universiti (PKPU), Penyelaras Latihan Staf (PLS) dan Pegawai Rekod Jabatan Universiti (PRJU) serta Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan, Pusat Jaminan Kualiti yang bertindak sebagai Setiausaha.

 
 
 

Tarikh Input: 29/09/2023 | Kemaskini: 29/09/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdHAP~