Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti Akademik (JKPEKA) Kali Ke-2/2023 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti Akademik (JKPEKA) kali ke-2/2023

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti Akademik (JKPEKA) kali ke-2/2023

5 Disember 2023, Serdang –Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti Akademik kali ke-2/2023 pada 5 Disember 2023 bertempat di Bilik Seri Amar, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Keahlian mesyuarat ini terdiri daripada Pegawai Tadbir yang menguruskan program akademik di fakulti dan sekolah. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 35 orang pegawai termasuk pentadbir di UPM Kampus Bintulu yang dibuat secara hybrid. Mesyuarat ini membincangkan tentang pengurusan kualiti akademik di fakulti dan sekolah. Mesyuarat  dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria selaku Timbalan Pengarah, CQA dan turut dihadiri oleh Puan Nurhanisah Sadun, Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Akademik dan Akreditasi, Puan Azarizam Ali, Ketua Seksyen Swaakreditasi dan Badan Profesional dan Cik Aidawati Ramali, Ketua Seksyen Data dan Daftar Program serta Puan Anis Syahirah Abdullah sebagai urus setia mesyuarat.

 

Mesyuarat kali ini membincangkan empat agenda penting merangkumi Audit Program, Audit Institusi, Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) dan hal-hal lain. Ahli juga turut berkongsi pandangan dan menghebahkan perkara yang berkaitan dengan pengurusan akademik di fakulti dan sekolah. Mesyuarat ini merupakan platform yang baik dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pentadbir akademik di fakulti dan sekolah serta memberikan maklumat dalam membantu mereka merancang audit program, memastikan program didaftarkan dalam MQR dan pelbagai maklumat yang dapat membantu mereka dalam urusan pentadbiran di PTJ masing-masing. 

       
       

Tarikh Input: 31/12/2023 | Kemaskini: 28/01/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdEAG~