Majlis Tautan Kasih Jasamu Dikenang Sempena Persaraan Staf CQA | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Majlis Tautan Kasih Jasamu Dikenang Sempena Persaraan Staf CQA

Majlis Tautan Kasih Jasamu Dikenang Sempena Persaraan Staf CQA

 

 

     

 

14 Mac 2023, Bangi - Kelab Kebajikan dan Sosial, Pusat Jaminan Kualiti (KKS CQA) telah menganjurkan Majlis Tautan Kasih Jasamu Dikenang bersempena persaraan dua (2) orang staf dari Seksyen Pentadbiran dan Kewangan iaitu Encik Samsuri Md Suki dan Puan Nur Azlina Sabarudin. Majlis yang diadakan di Horizon Garden Restoran, Bangi pada 14 Mac 2023 telah dihadiri oleh semua Ahli Pengurusan dan staf CQA. 

Sepanjang majlis berlangsung, Pengarah CQA iaitu Prof. Dr. Amin Ismail dan Ketua Bahagian Pentadbiran iaitu Puan Haslida Hassan telah menyampaikan ucapan penghargaan atas jasa dan bakti selama berkhidmat di CQA. Sejurus itu, Encik Samsuri Md Suki dan Puan Nur Azlina Sabarudin telah diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucapan buat rakan-rakan CQA. Sebagai tanda kenangan, Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyediakan cenderamata berupa bingkai bergambar staf CQA, jam tangan dan beg tangan.

Sepanjang berkhidmat di UPM, Encik Samsuri Md Suki pernah berkhidmat di Pejabat Bursar, Fakulti Ekonomi Pengurusan (sekarang dikenali sebagai Sekolah Perniagaan dan Ekonomi) dan Kolej 11. Beliau mula berkhdimat di CQA pada 9 Disember 2019. Manakala Puan Nur Azlina Sabarudin memulakan kerjaya di Institut Biokomposit Tropika (sekarang dikenali sebagai INTROP) mulai 2 April 2007, Bahagian Perancangan Korporat, CosComm dan berpindah ke CQA pada 4 April 2016 di bawah Bahagian Swaakreditasi sebelum dilantik menjadi Ketua Seksyen Pentadbiran dan Kewangan.

 

Tarikh Input: 28/04/2023 | Kemaskini: 24/08/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdKAj~