Majlis Perpisahan Buat Pn. Nurhanisah Dan Pn. Azarizam | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Majlis Perpisahan Buat Pn. Nurhanisah dan Pn. Azarizam

Majlis Perpisahan Buat Pn. Nurhanisah dan Pn. Azarizam

19 Disember 2023, Kajang - Majlis Selaut Budi Seribu Memori buat Puan Nurhanisah Sadun (Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Akademik dan Akreditasi) dan Puan Azarizam Ali (Ketua Seksyen  Swaakreditasi dan Badan Profesional) telah diadakan pada 19 Disember 2023 bertempat di RBG Restaurant, Park Inn by Radisson Putrajaya dengan dihadiri seramai 16 orang famili CQA. 

Kelab Kebajikan dan Sosial, Pusat Jaminan Kualiti (KKS CQA) telah menganjurkan majlis perpisahan tersebut bersempena perpindahan Puan Nurhanisah ke Fakulti Ekologi Manusia (FEM) manakala Puan Azarizam ke Pejabat Bursar mulai 2 Januari 2024. Majlis turut meraikan dua orang famili baharu yang akan berpindah ke CQA iaitu Pn Rahmawati Umar dari Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dan Encik Salahuddin Ahmad Ayob (Pejabat Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan & Inovasi).

Dalam majlis tersebut,Pengarah CQA iaitu Prof. Dr. Amin Ismail  telah menyampaikan ucapan penghargaan  dan terima kasih atas komitmen dan sumbangan selama berkhidmat di CQA. Sejurus itu, Puan Nurhanisah dan Puan Azarizam telah diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucapan buat rakan-rakan CQA. Sebagai tanda kenangan, Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyediakan cenderamata.

Puan Nurhanisah telah berkhidmat di CQA selama 7 tahun mulai pada bulan November 2017 manakala Puan Azarizam berkhidmat selama 1 tahun 8 bulan sejak April 2022. Sesungguhnya dua persona ini telah menggalas peranan penting dalam merancang persiapan dan mengurus perjalanan Audit Pematuhan Swaakreditasi UPM pada 21 hingga 23 Jun 2022 demi memastikan UPM berjaya mengekalkan status swaakreditasi buat kali kedua.

       
       
    
       
   
       
   

Tarikh Input: 28/01/2024 | Kemaskini: 29/01/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdHA0~