Lawatan Staf Kyushu Institute Of Technology (Kyutech) Ke CQA | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Lawatan Staf Kyushu Institute of Technology (Kyutech) ke CQA

Lawatan Staf Kyushu Institute of Technology (Kyutech) ke CQA

23 November 2023, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima lawatan dari Michie Fujimoto, staf International Affairs Division, Kyushu Institute of Technology (KYUTECH), Jepun. Beliau sedang menjalani program sangkutan staf selama lima (5) hari di Pusat Antarabangsa PUTRA (iPUTRA), Universiti Putra Malaysia.

 

Fujimoto hadir bersama wakil Pusat Antarabangsa PUTRA iaitu Puan Noraihan Nordin, Ketua Pentadbiran iPUTRA dan Puan Ida Suhaila Md Tahir, Ketua Seksyen Jalinan Global, iPUTRA yang mengiringi beliau untuk sesi tersebut.

 

Fujimoto berminat untuk melihat dan belajar mengenai pengurusan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001 di UPM serta proses pengekalan pensjilian tersebut. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Haslida Hassan, Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan, CQA dan dibantu oleh Puan Zenaida Md Zenon, Ketua Seksyen Audit Kualiti, CQA.

 

“Saya mengucapkan terima kasih atas peluang berharga untuk melawat CQA. Saya kagum dengan cara UPM bertindak balas dengan berkesan kepada keperluan pelanggan dan bagaimana sistem pengurusan organisasi mereka memastikan kelayakan praktikal. Sistem juruaudit dalaman adalah idea yang baik untuk melibatkan kakitangan UPM dan menggalakkan mereka memikirkan bagaimana mereka boleh meningkatkan tanggungjawab mereka. Saya merancang untuk membawa pembelajaran saya daripada CQA kepada Kyutech dan mencadangkan idea untuk penambahbaikan organisasi dalam pengurusan dan operasi kami.” Ms. Michie Fujimoto.

 

   
 

Tarikh Input: 27/11/2023 | Kemaskini: 27/11/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdJAK~