Lawatan Rasmi Oleh Pejabat Bursar UPM | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Lawatan Rasmi oleh Pejabat Bursar UPM

Lawatan Rasmi oleh Pejabat Bursar UPM

 

 

6 Julai 2023, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA), UPM telah menerima lawatan rasmi dari Pejabat Bursar UPM pada 6 Julai 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat CQA. Kunjungan Pejabat Bursar diketuai oleh Puan Siti Amira Shukor selaku Ketua Bahagian Kewangan Pengurusan Belanjawan dan Penjanaan Pendapatan, Puan Wan Suzaimas Wan Sulaiman iaitu Pegawai Kewangan dari Seksyen Belanjawan dan Encik Azizul Syahril Mohd Salleh yang merupakan Pegawai Kewangan Bahagian Kewangan Pengurusan Operasi Berpusat (BPOB B). Manakala Ahli Pengurusan CQA yang menyantuni lawatan tersebut adalah Prof. Dr. Amin Ismail, Pengarah CQA, Puan Haslida Hassan, Ketua Bahagian Pentadbiran, Puan Nurhanisah Sadun, Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Akademik dan Akreditasi dan Encik Ahmad Hafizd Hitam, Ketua Seksyen Pentadbiran dan Kewangan.

Tujuan lawatan diadakan adalah untuk membincangkan tentang penambahbaikan pengurusan kewangan PTJ. Justeru, antara agenda utama adalah memfokuskan kepada skop penjanaan pendapatan di peringkat PTJ dan membantu pencapaian Prestasi Petunjuk Utama (KPI) Universiti. Antara intipati perkongsian dalam lawatan tersebut adalah :

  1. Struktur baharu mengikut Bahagian di CQA
  2. Formula Asas Pengiraan Gap dengan mengagihkan RM100 juta kepada semua PTJ dengan nisbah bilangan staf & pelajar dan Pelaksanaan 3P (Penjanaan, Penjimatan dan Produktiviti)
  3. Tatacara pemantauan prestasi PTJ

 

Selain itu, wakil Pejabat Bursar juga turut memperincikan 7 skop penjanaan pendapatan seperti berikut:

  1. Akademik & Penyelidikan
  2. Pengewangan Aset
  3. Pengurusan Kewangan & Pelaburan
  4. Corporate Alliances For Business
  5. Endowmen
  6. Waqaf
  7. Sumbangan

 

 

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 16/08/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdJAM~