Lawatan Penandaarasan Pusat Jaminan Kualiti UKM | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Lawatan Penandaarasan Pusat Jaminan Kualiti UKM

Lawatan Penandaarasan Pusat Jaminan Kualiti UKM

 
 

10 November 2023, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menerima kunjungan dari Pusat Jaminan Kualiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengadakan lawatan penandaarasan ke Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 10 November 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat CQA. 

 

Delegasi yang terdiri daripada 8 orang staf telah diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Loh Kee Shyuan,Timbalan Pengarah (Bahagian Audit dan Penandaarasan). Turut serta dalam rombongan tersebut adalah Dr. Babul Airianah Othman, Timbalan Pengarah (Bahagian Perancangan dan Peningkalan Kualiti), Puan Nurazlinda Nurul Asri (Penolong Pendaftar Kanan), Puan Nur Farhana Hasbullah (Penolong Pendaftar), Cik Tengku Nur Athirah Tuan Mohd Rosli (Penolong Pendaftar), Puan Siti Noorazilal Aini Ramli (Pembantu Tadbir), Puan Suriani Mohamad Habit (Pembantu Tadbir) dan Cik Siti Nursyaza Binti Mohd Kharil (Pelajar Latihan Industri).

 

Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria selaku Timbalan Pengarah,CQA bersama-sama Puan Haslida Hassan (Ketua Bahagian, Pengurusan Kualiti Perkhidmatan), Puan Nurhanisah Sadun (Ketua Bahagian, Pengurusan Kualiti Akademik dan Akreditasi), Puan Zenaida Md Zenon (Ketua Seksyen Audit Kualiti), Puan Shamriza Shari (Ketua Seksyen Dokumentasi), Puan Azarizam Ali (Ketua Seksyen Swaakreditasi dan Badan Profesional) dan Cik Aidawati Ramali (Ketua Seksyen Data dan Daftar Program)  telah mengalu-alukan kedatangan delegasi UKM.

 

Timbalan Pengarah CQA telah menyampaikan penerangan berkaitan skop dan peranan kedua-dua bahagian di Pusat Jaminan Kualiti UPM dan struktur kualiti UPM. Manakala pihak UKM turut mengambil peluang bertanyakan amalan terbaik yang dilaksanakan di UPM berkaitan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti, Swaakreditasi dan EKSA. 

 

Tarikh Input: 10/11/2023 | Kemaskini: 17/11/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdMAl~