Lawatan Penandaaras Oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Lawatan Penandaaras oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak

Lawatan Penandaaras oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak

 

     
 

 

5 Julai 2023, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia telah menerima lawatan penandaarasan dari Unit Pengurusan Kualiti, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak pada 5 Julai 2023. Lawatan penandaarasan yang berfokuskan kepada peranan Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan, CQA, UPM ini melibatkan perkongsian amalan terbaik seperti berikut :
 

       i.      Struktur Kualiti UPM;

     ii.      Dokumentasi ISO UPM;

    iii.      Pengurusan Risiko Operasi UPM;

   iv.      Pelaksanaan Audit Dalaman ISO UPM serta

    v.      Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) UPM.

 

Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria selaku Timbalan Pengarah, Pusat Jaminan Kualiti (CQA) bersama-sama Puan Haslida Hassan iaitu Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan, Puan Zenaida Md Zenon iaitu Ketua Seksyen Audit Kualiti merangkap Penyelaras QMS UPM, Puan Shamriza Shari iaitu Ketua Dokumentasi merangkap Penyelaras ISMS UPM dan Puan Azarizam Ali iaitu Ketua Seksyen Swaakreditasi dan Badan Profesional merangkap Penyelaras EKSA CQA telah mengalu-alukan kedatangan seramai 18 orang ahli delegasi.

Manakala delegasi yang terdiri daripada pegawai dan penyelaras EKSA peringkat UiTM Cawangan Perak telah diketuai oleh Prof. Madya Sr. Dr. Thuraiya Mohd selaku Ketua Unit Pengurusan Kualiti, UiTM Cawangan Perak.

Tarikh Input: 25/07/2023 | Kemaskini: 15/11/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdDAF~