LAWATAN PENANDAARAS OLEH RANHILL SAJ SDN. BHD | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » LAWATAN PENANDAARAS OLEH RANHILL SAJ SDN. BHD

LAWATAN PENANDAARAS OLEH RANHILL SAJ SDN. BHD

1 Jun 2023, Serdang – Ranhill SAJ Sdn. Bhd. telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Putra Malaysia pada Khamis, 1 Jun 2023. Delegasi lawatan seramai tujuh orang terdiri daripada staf dari Seksyen Jaminan Kualiti dan juga Teknologi Maklumat.

Ranhill SAJ Sdn Bhd, anak syarikat Ranhill Utilities Berhad ialah syarikat bekalan air bersepadu yang terlibat dalam proses rawatan air dan pengagihan air terawat kepada pengguna di Negeri Johor. Sebagai pembekal eksklusif air sumber ke paip di negeri kedua paling ramai penduduk di Malaysia sejak 1999, Ranhill SAJ menyokong pertumbuhan dan pembangunan teguh negeri itu dengan memastikan ketersediaan dan pengurusan bekalan air berkualiti yang cekap.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan berkaitan Pengurusan Audit Dalaman dan Pengurusan Risiko di UPM terutamanya penggunaan PortalCQA dan e-OPRISK. Selain itu, sesi perkongsian juga melibatkan skop kerja di Pusat Jaminan Kualiti, struktur pengurusan dan pemantauan ISO, Sistem e-ISO, termasuk pengurusan dokumen dan rekod.

Sesi perkongsian oleh pihak CQA di kongsi dan di bentangkan oleh Puan Haslida binti Hassan (Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan) dan Puan Zenaida binti Md Zenon (Ketua Seksyen Audit Kualiti).

Secara keseluruhan, sesi perbincangan selama dua setengah jam ini memberi impak yang positif kepada kedua-dua agensi kerana dapat berkongsi maklumat serta bertukar pandangan mengenai pengurusan dan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti yang terbaik serta bersesuaian untuk dilaksanakan di tempat masing-masing.

 

Tarikh Input: 23/06/2023 | Kemaskini: 22/08/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdFAt~