Lawatan Penandaaras Oleh Pusat Antarabangsa I-PUTRA, UPM | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Lawatan Penandaaras oleh Pusat Antarabangsa i-PUTRA, UPM

Lawatan Penandaaras oleh Pusat Antarabangsa i-PUTRA, UPM

5 Januari 2024, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Putra Malaysia telah menerima lawatan penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA), Universiti Putra Malaysia pada Jumaat, 5 Januari 2024. Delegasi lawatan i-PUTRA seramai 27 orang telah diketuai oleh Timbalan Pengarah i-PUTRA, Professor Madya Dr. Syazwani Idrus. Turut hadir adalah Encik Abdul Razif Abdul Razak dan Puan Ida Suhaila Md Tahir, Penolong Pendaftar Kanan i-PUTRA serta semua staf i-PUTRA.

Lawatan penadaarasan ini bertujuan untuk melihat amalan terbaik EKSA yang telah dilaksanakan di CQA. Lawatan dimulakan dengan aluan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan, Puan Haslida Hassan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA CQA, kemudian disusuli dengan taklimat ringkas mengenai pelaksanaan EKSA di CQA oleh Puan Zenaida Md Zenon, selaku Penyelaras EKSA CQA. Kemudian delegasi i-PUTRA dibawa melawat ke keseluruhan ruang di CQA.

Antara maklum balas yang diterima dari wakil i-PUTRA adalah “Sangat menarik dan sangat membantu memberi idea untuk dipraktikkan di iPUTRA”, “Sangat bagus dan memuaskan. Banyak yang dipelajari” dan “Sangat seragam dan tersusun rapi”.

Secara keseluruhan, lawatan selama hampir 2 jam telah memberi impak yang positif kepada kedua-dua PTJ kerana dapat berkongsi maklumat serta bertukar pandangan mengenai pengurusan dan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang terbaik serta bersesuaian untuk dilaksanakan di PTJ masing-masing.

 
 
 
 
 

Tarikh Input: 29/01/2024 | Kemaskini: 29/01/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdJAe~