Lawatan Penandaaras EKSA CQA Ke Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) Dan Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Lawatan Penandaaras EKSA CQA Ke Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dan Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM

Lawatan Penandaaras EKSA CQA Ke Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dan Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM

 

14 Februari 2024, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Putra Malaysia telah mengadakan lawatan penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) pada 8 Januari 2024 dan ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) pada 12 Januari 2024. Lawatan ke SPS diketuai oleh Puan Haslida Hassan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA CQA dengan 10 orang staf CQA manakala lawatan ke PSAS diketuai oleh Puan Zenaida Md Zenon yang juga Penyelaras EKSA CQA dengan 8 orang staf CQA.

Lawatan penadaarasan ini bertujuan untuk mendapat gambaran serta perkongsian pengalaman dan melihat amalan terbaik EKSA yang telah dilaksanakan oleh SPS dan PSAS. Lawatan telah dimulakan dengan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa EKSA PTJ iaitu Puan Norhasliza Hassan (SPS) dan Puan Haslawati Maamor (SPS), taklimat ringkas mengenai pelaksanaan EKSA di PTJ oleh Penyelaras EKSA PTJ iaitu Cik Nur Nadjla Ahmad Razei (SPS) dan Puan Nurul Ainie Mokhtar (PSAS) dan diikuti dengan lawatan ke keseluruhan ruang PTJ.

Secara keseluruhan, lawatan selama 2 jam di SPS dan PSAS telah memberi impak yang positif kepada CQA kerana dapat berkongsi maklumat serta bertukar pandangan mengenai pengurusan dan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang terbaik serta bersesuaian untuk dilaksanakan di PTJ masing-masing. Lawatan telah memberi banyak input dan inspirasi kepada staf CQA untuk terus komited melaksanakan EKSA di PTJ.

 

     
     
 

Tarikh Input: 19/02/2024 | Kemaskini: 19/02/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdMAX~