LAWATAN PENANDA ARAS EKSA UPM KE INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN), SEPANG | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » LAWATAN PENANDA ARAS EKSA UPM KE INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN), SEPANG

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA UPM KE INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN), SEPANG

 

16 Mei 2023, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menganjurkan Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke agensi luar sebagai salah satu daripada aktiviti latihan bagi pelaksanaan amalan EKSA UPM. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Sepang telah dipilih sebagai lokasi penanda aras pada kali ini berdasarkan prestasi cemerlang dalam pensijilan EKSA MAMPU.  

Objektif lawatan ini adalah untuk melihat secara keseluruhan pelaksanaan amalan EKSA di IKTBN di samping memberi pendedahan dan idea baru kepada kakitangan UPM untuk dipraktifkan pada masa hadapan. Lawatan ini melibatkan seramai 35 orang peserta daripada UPM merangkumi Fasilitator EKSA Universiti, Wakil PTJ dan Staf Pusat Jaminan Kualiti..

Sesi lawatan dimulai dengan Sesi Taklimat Pelaksanaan EKSA di IKTBN, Sepang dan seterusnya peserta lawatan dibawa melawat ruang pelaksanaan EKSA IKTBN, Sepang. Antara ruang dan lokasi yang dilihat semasa lawatan di IKTBN adalah ruang pejabat, makmal dan bengkel, bilik penginapan pelajar dan ruang gunasama lain seperti stor alatulis dan galeri hasil projek pelajar. Berdasarkan pemerhatian semasa lawatan, ruang yang boleh dijadikan rujukan amalan terbaik pelaksanaan EKSA adalah ruang makmal dan bengkel yang mana rata-ratanya turut melibatkan pelajar dalam pelaksanaan EKSA di ruang berkenaan.

Hasil lawatan dan amalan baik yang diperolehi  semasa lawatan penanda aras ini akan dijadikan rujukan untuk menambahbaik pelaksanaan EKSA di semua PTJ di UPM.

Tarikh Input: 21/06/2023 | Kemaskini: 29/09/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdNAz~