Kursus Pemantapan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 Tahun 2023 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Kursus Pemantapan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 Tahun 2023

Kursus Pemantapan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 Tahun 2023

 
     
     
 

4 April 2023, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Audit Dalaman QMS MS ISO 9001:2015 untuk tahun 2023 pada 21 hingga 22 Mac 2023 (Selasa dan Rabu) di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, UPM bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Kursus ini bertujuan untuk memantapkan pemahaman dan kemahiran Juruaudit Universiti sebagai persediaan kepada Audit Dalaman UPM bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 yang akan dijalankan dari 3 April 2023 sehingga 30 Jun 2023.

Kursus ini dikendalikan oleh Puan Noraihan Noordin dari Pusat Antarabangsa Putra (i-Putra), UPM yang juga merupakan Juruaudit Universiti serta mempunyai pengalaman yang luas dalam Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 sama ada di dalam atau pun di luar Universiti Putra Malaysia.

Kursus ini telah dihadiri seramai 33 orang peserta yang merupakan juruaudit dalaman daripada pelbagai PTJ. Objektif kursus adalah untuk memahami tujuan, skop dan kandungan MS ISO 9001:2015 dan kegunaannya; memahami cara-cara merancang, melaksana, menyelia laporan dan membuat tindakan susulan; memahami cara-cara menulis laporan katakakuran dan cara-cara membuat tindakan pembetulan dan susulan terhadap ketakakuran; dan memantapkan pelaksanaan audit dalaman dalam meningkatkan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti UPM.

Kursus ini berjaya mencapai objektif yang dirancang dengan peserta sangat berpuas hati terhadap penganjuran kursus.

Tarikh Input: 10/04/2023 | Kemaskini: 22/08/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdIAa~