Kuatkuasa Dokumen ISO UPM Bertarikh 26 September 2023 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Kuatkuasa Dokumen ISO UPM Bertarikh 26 September 2023

Kuatkuasa Dokumen ISO UPM Bertarikh 26 September 2023

   
 
   
26 September 2023, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti telah menyelaras satu siri kuatkuasa dokumen ISO melibatkan dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) dan Dokumentasi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) yang secara keseluruhan melibatkan sebanyak 208 dokumen iaitu 167 dokumen dipinda, empat (4) dokumen baharu dan 37 dokumen digugurkan. Dokumen tersebut boleh dirujuk dalam portal eISO UPM.

Kuatkuasa pada kali ini melibatkan 22 skop dokumen ISO seperti berikut:

(a) Prauniversiti

(b) Skop Perkhidmatan Utama:-

  • Pengajian Prasiswazah
  • Pengajian Siswazah
  • Penyelidikan dan Inovasi

 

(c) Skop Sokongan:-

  • Kewangan
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Penentukuran dan Verifikasi Peralatan
  • Peralatan, Kemudahan Infrastruktur dan Kenderaan
  • Pengurusan dan Keselamatan Makmal 

(d) Skop Operasi Perkhidmatan Sokongan:-

  • Pejabat Naib Canselor
  • Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
  • Pejabat Pendaftar
  • Perpustakaan Sultan Abdul Samad
  • Pusat Polis Bantuan dan Keselamatan Universiti
  • Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  • Pusat Islam Universiti 
  • Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik
  • Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi
  • Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar
  • Pejabat Penasihat Undang-undang
  • Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM

 

(e) Skop Operasi Perkhidmatan Sokongan ISMS

Kuatkuasa dokumen pada kali ini turut melibatkan perubahan dokumen skop Prauniversiti di bawah peneraju Pusat Asasi Sains Pertanian iaitu daripada dokumentasi berasaskan proses kepada dokumentasi berasaskan pengguna. Melalui inisiatif ini dokumen yang disediakan lebih terfokus  mengikut kategori pengguna dan secara tidak langsung dapat meminimakan jumlah dokumen yang perlu dirujuk dalam pelaksanaan proses kerja skop Prauniversiti di UPM.

Tarikh Input: 27/09/2023 | Kemaskini: 29/09/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdOAg~