Klinik Al-Fatihah Anjuran Kelab Kebajikan Dan Sosial CQA | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Klinik Al-Fatihah Anjuran Kelab Kebajikan dan Sosial CQA

Klinik Al-Fatihah Anjuran Kelab Kebajikan dan Sosial CQA

 
     
 
     
 
     
 
     
 
     

Serdang, 1 Disember 2023 - Kelab Kebajikan dan Sosial Staf Pusat Jaminan Kualiti (KKS CQA) telah menganjurkan Klinik Al-Fatihah sebanyak dua (2) siri setiap petang Jumaat iaitu pada 24 November 2023 dan 1 Disember 2023 bertempat di  Sudut Read@CQA dan Bilik Mesyuarat CQA.  Klinik Al-Fatihah ini diadakan bertujuan untuk menyemak dan memperbetulkan bacaan ayat Al-Fatihah yang merupakan antara syarat sah solat. KKS CQA telah menjemput Tuan Haji Ahmad Taqiyuddin bin Haji Wahi Anuar yang merupakan Imam Masjid Jamek Kariah Serdang dengan dibantu oleh Ustazah Nur Qhidayah Raudhah binti Zulkarnain untuk bantuan semakan bacaan seramai sebelas (11) orang staf yang telah menghadiri klinik tersebut.

Program dimulakan dengan Ustaz memperdengarkan bacaan Al-Fatihah yang betul dan diikuti dengan Ustaz dan Ustazah berkongsi tentang kekerapan kesalahan semasa bacaan Al-Fatihah. Seterusnya, sesi semakan bacaan diadakan secara one-by-one dan penyertaan adalah secara sukarela bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Setiap staf berpeluang memperdengarkan bacaan Al-Fatihah beberapa kali sehingga betul.

Dengan penganjuran klinik Al-Fatihah ini, diharapkan staf CQA berpeluang untuk memperbetulkan yang lazim dan melazimkan yang betul. Di akhir klinik, Penasihat Kelab Kebajikan dan Sosial Staf CQA, Puan Haslida Hassan telah berkenan memberikan sumbangan saguhati kepada Ustaz dan Ustazah atas komitmen masa serta perkongsian ilmu dan pengetahuan.

Tarikh Input: 31/12/2023 | Kemaskini: 28/01/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdOAT~