CQA Memenangi Acara Perbarisan Sempena SUSTAF 2023 Di Bawah Gabungan 8 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » CQA Memenangi Acara Perbarisan Sempena SUSTAF 2023 di bawah Gabungan 8

CQA Memenangi Acara Perbarisan Sempena SUSTAF 2023 di bawah Gabungan 8

 

21 Julai 2023, Serdang - Bersempana Kejohanan Sukan Staf UPM (SUSTAF) 2023 seramai tiga (3) orang staf Pusat Jaminan Kualiti (CQA) iaitu Puan Kasmaria Zawawi, Puan Rosyati Zainuddin dan Cik Nor Syazila Abdul Rahim telah menyertai Acara Perbarisan Majlis Perasmian SUSTAF yang telah diadakan di Stadium, Akademi Sukan pada 21 Julai 2023. 

SUSTAF 2023 yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Akademi Sukan UPM berlangsung bermula 10 Julai 2023 hingga 4 Ogos 2023. Kejohanan sukan ini mempertandingkan 15 acara termasuklah Bola Tampar, Dart, Futsal, Bola Sepak, Badminton, Petanque, Catur, Ping Pong, Berbasikal, Tarik Tali, Tenpin Boling dan Bola Jaring. Terdapat 8 kumpulan gabungan yang dibentuk daripada beberapa PTJ bagi perlawanan kejohanan sukan kali ini.

Pusat Jaminan Kualiti (CQA) yang diletakkan di bawah Gabungan 8 atau G8 bersama-sama dengan Pejabat Bursar, Pejabat Naib Canselor, Pejabat Timbalan Naib Canselor (JINM), Pejabat Pendaftar, PPPA, OSHA, PSPK, UCTC, Pusat Islam, PKKSSAS dan Akademi Sukan telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan SUSTAF tahun 2023.

Sempena Masjlis Perasmian SUSTAF oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Bin Sulaiman selaku Naib Canselor UPM telah menyaksikan G8 memenangi dua kategori dalam acara perbarisan iaitu Lintas Hormat Terbaik dan Perbarisan Keseluruhan terbaik UPM bagi tahun 2023. Bagi memberi sokongan dan semangat kepada staf CQA, Pengarah CQA iaitu Prof. Dr. Amin Ismail turut hadir menyaksikan acara perbarisan tersebut. Sekalung tahniah diucapkan kepada wakil CQA yang telah memberikan komitmen dan sokongan dalam menjayakan SUSTAF pada tahun 2023.

Tarikh Input: 22/08/2023 | Kemaskini: 24/08/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdJA6~