Bengkel Semakan Penyata Pemakaian (SOA) ISMS Tahun 2024 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Bengkel Semakan Penyata Pemakaian (SOA) ISMS Tahun 2024

Bengkel Semakan Penyata Pemakaian (SOA) ISMS Tahun 2024

   
         
   
         

5 Mac 2024, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti telah menganjurkan Bengkel Semakan Penyata Pemakaian (Statement of Applicability, SoA), Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Tahun 2024 bertempat di Dewan Seminar, Institut Nanosains dan Nanoteknologi, UPM dan juga melalui Aplikasi Google Meet dengan pihak UPMKB. Bengkel yang dilaksanakan selama 2 hari iaitu pada 5 hingga 6 Mac 2024 bertujuan untuk membuat semakan ke atas dokumen SoA ISMS sedia ada dan seterusnya membuat pembentangan hasil semakan tersebut supaya pemahaman dan perlaksanaan kawalan ke atas perkara yang dinyatakan dalam SoA dapat dilaksana dengan lebih berkesan selaras dengan keperluan Standard MS ISO/IEC 27001:2013.

Seramai 34 peserta hadir pada bengkel ini melibatkan ahli Pasukan ISMS yang terdiri daripada Pasukan Pendaftaran Pelajar Baharu Prasiswazah Kampus Serdang, Pasukan Pendaftaran Pelajar Baharu Prasiswazah Kampus Bintulu, Pasukan Pusat Data, Pasukan Penilaian Pengajaran Prasiswazah di Fakulti dan Pasukan Pendaftaran Pelajar Baharu Siswazah serta beberapa entiti sokongan ISMS UPM yang terdiri daripada Pejabat Pendaftar, Pejabat Penasihat Undang-Undang, Pejabat Bursar, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat dan Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Dokumen Penyata Pemakaian (Statement of Applicability (SoA)) menggariskan objektif kawalan dan kawalan di Annex A dalam Standard MS ISO/IEC 27001:2013 selaras dengan keperluan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat di Universiti Putra Malaysia.

SoA perlu dikemaskini dengan mengambilkira perkara berikut:

(a) Penemuan penilaian semula risiko;

(b) Perubahan justifikasi pemilihan kawalan;

(c) Perluasan skop ISMS;

(d) Penambahan atau pengecualian aset ISMS;

(e) Perubahan struktur organisasi;

(f) Penambahbaikan ke atas pelaksanaan ISMS;

(g) Pengemaskinian ke atas dokumen rujukan; dan

(h) Perubahan disebabkan oleh keperluan lain.

Tarikh Input: 19/03/2024 | Kemaskini: 19/03/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEcWAL~