18 Januari 2024, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) selaku peneraju bagi Amalan Persekitaran Berkualiti UPM telah telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Kriteria Penilaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Peringkat UPM Tahun 2024 bertempat di Putra Future Classroom, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM. Bengkel ini telah diadakan pada 18 Januari 2024 dan sambungannya pada 8 Februari 2024. Seramai 29 orang ahli yang terdiri daripada Ketua, Timbalan Ketua dan Fasilitator EKSA UPM hadir ke sesi bengkel ini. Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan satu set kriteria dan rubrik penilaian yang jelas untuk diguna pakai oleh penilai semasa penilaian peringkat kedua bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja yang akan dipertandingkan sempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2023/2024. Bagi tujuan anugerah ini, setiap pusat tanggungjawab di UPM perlu melaksanakan Penilaian Kendiri EKSA (Penilaian Peringkat 1) mengikut tempoh yang diberikan bermula November 2023 hingga Januari 2024 dan seterusnya menjalani Penilaian Peringkat Ke-2 yang akan diselaraskan oleh CQA bermula Mei hingga Julai 2024. Pemarkahan bagi kedua-dua peringkat penilaian ini akan digabungkan bersama bagi menentukan pemenang bagi setiap kategori Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja Tahun 2023/2024. Objektif penganjuran Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja UPM adalah seperti berikut:
|
Tarikh Input: 19/03/2024 | Kemaskini: 19/03/2024 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor