Bengkel Pemurnian Pelan Tindakan Penemuan Laporan Ketakakuran (NCR) Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 Tahun 2023 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Bengkel Pemurnian Pelan Tindakan Penemuan Laporan Ketakakuran (NCR) Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 Tahun 2023

Bengkel Pemurnian Pelan Tindakan Penemuan Laporan Ketakakuran (NCR) Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 Tahun 2023

21 November 2023, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti telah mengadakan Bengkel Pemurnian Pelan Tindakan Penemuan Laporan Ketakakuran (NCR) Audit SIRIM Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 Tahun 2023, pada 16 November 2023 (Khamis) di Bilik Mesyuarat CQA, UPM bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari.

 

Bengkel ini dihadiri oleh peserta dari Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Peneraju Proses terlibat yang mendapat penemuan ketakakuran (NCR) semasa Audit Pemantauan Semakan 2 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM, yang telah berlangsung pada 9 sehingga 13 Oktober 2023. Sebanyak lapan (8) PTJ yang terdiri daripada FS, SPS, FPV, BAKD, Bahagian Audit Dalam, Pejabat TNCPI, RMC, dan Pejabat Pendaftar terlibat dalam bengkel tersebut selain pihak CQA yang bertindak sebagai Urusetia. Bengkel ini turut dihadiri oleh Puan Rozi Tamin dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan selaku Felo Bersekutu CQA yang bertindak sebagai fasilitator sepanjang bengkel berkenaan.

 

Bengkel ini bertujuan untuk memurnikan Pelan Tindakan NCR bagi mendapatkan pelan tindakan sebenar untuk dihantar kepada pihak Auditor SIRIM. Ia juga bagi memastikan pelan tindakan penemuan audit dapat dikenal pasti dengan berkesan bagi mengelakkan ketakakuran berulang. Sekiranya Auditor SIRIM bersetuju dengan cadangan pelan tindakan tersebut, PTJ akan melaksanakan tindakan dan bukti tindakan akan dihantar kepada pihak Auditor SIRIM dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh penutupan audit.

 

 
 

Tarikh Input: 23/11/2023 | Kemaskini: 27/11/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdMAm~