Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Untuk Staf CQA | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Bacaan Yasin dan Doa Selamat untuk Staf CQA

Bacaan Yasin dan Doa Selamat untuk Staf CQA

     
 
     

6 Oktober 2023, Serdang - Kelab Kebajikan dan Sosial (KKS CQA) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat buat staf dan ahli keluarga staf Pusat Jaminan Kualiti (CQA) yang sedang diuji dengan masalah kesihatan. Majlis telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah CQA, Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (BPKP) iaitu Puan Haslida Hassan dan Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Akademik dan Akreditasi (BPKAA) Puan Nurhanisah Sadun serta semua staf CQA. Majlis yang diadakan di Bilik Mesyuarat CQA pada 6 Oktober 2023 pada jam 11.00 pagi telah menjemput Tuan Haji Ahmad Taqiyuddin bin Haji Wahi Anuar, Imam Masjid Jamek Kariah Serdang melalui Pusat Islam UPM untuk memimpin bacaan Yasin dan doa selamat. 

Dalam majlis tersebut, staf CQA memanjatkan doa moga Allah memberikan kemudahan dalam urusan rawatan staf CQA yang akan menjalani pembedahan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) dan turut mendoakan kesembuhan dari penyakit yang sedang dihidapi oleh staf dan ahli keluarga staf CQA. Selain itu, staf CQA juga mendoakan kelancaran perjalanan Audit Pematuhan Semakan 2 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) oleh SIRIM Berhad yang akan diadakan pada 9 hingga 13 Oktober 2023. 

Sejurus selepas majlis, KKS memberikan cenderahati kepada Tuan Haji Ahmad Taqiyuddin atas kesudian beliau yang hadir bersama isteri demi menjayakan majlis ini.

Tarikh Input: 06/10/2023 | Kemaskini: 09/10/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdDAj~