AUDIT PEMANTAUAN SEMAKAN 2 QMS DAN ISMS OLEH SIRIM TAHUN 2023 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » AUDIT PEMANTAUAN SEMAKAN 2 QMS DAN ISMS OLEH SIRIM TAHUN 2023

AUDIT PEMANTAUAN SEMAKAN 2 QMS DAN ISMS OLEH SIRIM TAHUN 2023

13 Oktober 2023, Serdang – Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan Audit Pemantauan Semakan 2 bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MS ISO/IEC 27001:2013 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Audit ini bertujuan untuk menilai pematuhan UPM yang berterusan terhadap keperluan-keperluan piawaian yang ditetapkan oleh badan pensijilan. Audit yang berlangsung selama 5 hari dari 9 sehingga 13 Oktober 2023 ini melibatkan 37 PTJ sebagai sampel audit QMS dan 13 PTJ sebagai sampel audit ISMS. Seramai 11 orang auditor QMS yang diketuai oleh Puan Siti Rahmah Ahmad bersama seorang auditor pelatih dan 3 orang auditor ISMS yang diketuai oleh Puan Sazlin Alias telah mengaudit pada sesi kali ini.

 

Mesyuarat Penutupan Audit telah diadakan di Dewan Senat, Bangunan Canselori Putra dan dipengerusikan oleh Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Wakil Pengurusan, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti serta wakil-wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ). Wakil PTJ Kampus Bintulu dan Institut Antarabangsa dan Sains Akuatik (i-AQUAS), Port Dickson turut hadir secara dalam talian.

 

Secara keseluruhan,  pihak pasukan auditor berpuas hati dengan pelaksanaan QMS dan ISMS di UPM dan mengesyorkan pensijilan diteruskan. Komitmen dari pihak Pengurusan dan semua kakitangan UPM terhadap pelaksanaan QMS dan ISMS adalah menjadi kekuatan utama dalam memastikan objektif dan dan KPI UPM tercapai.

 

 
     
 
     
 

Tarikh Input: 19/10/2023 | Kemaskini: 19/10/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdKAa~