Audit Lokasi Program Secara Pesisir Dengan Universiti Antarabangsa AlBukhary | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Audit Lokasi Program Secara Pesisir dengan Universiti Antarabangsa AlBukhary

Audit Lokasi Program Secara Pesisir dengan Universiti Antarabangsa AlBukhary

 

26 Julai 2023, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA), UPM telah mengadakan audit lokasi secara maya bagi program Master secara Kerja Kursus dan Doktor Falsafah, Fakulti Pengajian Pendidikan secara pesisir di Albukhary International University (AIU), Kedah dengan melantik dua orang panel penilai yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin dari Fakulti Pertanian dan Dr. Farina Mustaffa Kamal dari Fakulti Perubatan Veterinar. 

Objektif audit lokasi yang diadakan bertujuan untuk memastikan sumber pendidikan di lokasi pesisir adalah mencukupi dan menyokong aktiviti PdP program dengan berkesan serta memastikan kualiti pengendalian program di lokasi berkenaan terjamin sepertimana pengendalian program di dalam UPM. Penilaian secara ‘virtual audit’ telah diadakan pada 26 Julai 2023 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Penilaian adalah  berdasarkan kepada Bidang 5 iaitu Sumber Pendidikan berdasarkan Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA), 2017.  

Sepanjang audit berlangsung, wakil dari AIU telah menyampaikan taklimat ringkas dan panel penilai dibawa melihat fasiliti pengajaran secara live zoom.  Sesi temubual turut diadakan bersama Penyelaras Program serta staf pentadbiran yang mengurus fasiliti di AIU. Sesi audit berkenaan turut dihadiri Prof. Emeritus Dato' Dr. Abd Aziz Tajuddin yang merupakan Naib Canselor dan Presiden AIU.

Hasil audit ini akan dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Swaakreditasi Program Pengajian untuk kelulusan dan seterusnya akan diperakukan dalam Mesyuarat Senat Universiti sebelum pihak fakulti mengemukakan kelulusan penawaran ke mesyuarat peringkat Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

 

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 24/08/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdFAa~