Audit Kendiri Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pusat Jaminan Kualiti | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Audit Kendiri Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pusat Jaminan Kualiti

Audit Kendiri Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pusat Jaminan Kualiti

24 November 2023, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah melaksanakan Audit Kendiri Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) – 2/2023 bagi memenuhi keperluan kriteria EKSA peringkat Universiti Putra Malaysia (UPM). Audit telah dijalankan oleh Pasukan Audit Kendiri CQA seperti berikut :

 

1.    Pn. Siti Fatimah Hasim (Ketua Jawatankuasa Audit EKSA PTJ – Ketua Pasukan)

2.    Pn. Kasmaria Zawawi (Timbalan Ketua Pasukan)

3.    En. Ahmad Hafizd Hitam

4.    Pn. Noor Idmawatie Mohd Idris

5.    Pn. Azarizam Ali ( Juruaudit Tambahan menggantikan Pn. Anis Syahirah Abdullah)

 

Objektif utama sesi audit kali ini adalah seperti berikut :

 

1.    menilai pelaksanaan EKSA di peringkat CQA mengikut kriteria yang telah ditetapkan;

2.    mengenalpasti penambahbaikan EKSA secara berterusan, serta

3.    membuat persediaan untuk sesi audit oleh Juruaudit PTJ / UPM bagi pertandingan Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja

      (Amalan EKSA) sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2023/2024.

Tiga (3) pertandingan telah turut diadakan bersempena sesi audit iaitu Zon Peningkatan Markah Ketara, Bilik Pegawai Terbaik dan Ruang Kerja Staf Terbaik. Para pemenang telah diraikan dalam sebuah majlis khas pada 19 Disember 2023. Senarai pemenang adalah seperti berikut :

 

  1. Zon Peningkatan Markah Ketara : Zon Sinergi
  2. Bilik Pegawai Terbaik : Pn. Shamriza Shari
  3. Ruang Kerja Staf Terbaik : Pn. Noor Idmawatie Mohd Idris

Turut diraikan pada majlis sama adalah para pemenang pertandingan yang dianjurkan pada sesi Audit Kendiri Amalan EKSA CQA – 1/2023 ( yang telah diadakan pada 23 Jun 2023), seperti berikut :

  1. Hasil Kreativiti Zon Terbaik : Zon Inventif

                                  Saguhati : Zon Sinergi & Zon Prestij

  1. Laci Terbaik : Pn. Zenaida Md. Zenon

 

Audit Kendiri Amalan EKSA CQA ini merupakan medan khusus yang menjadi pemangkin ke arah “Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti”.

 
     
     
     
     

Tarikh Input: 31/12/2023 | Kemaskini: 31/12/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdPA2~