Pusat Jaminan Kualiti Berjaya Meraih Tempat Ketiga Pertandingan Sebudi I Anjuran PKKSSAAS, UPM | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Pusat Jaminan Kualiti Berjaya Meraih Tempat Ketiga Pertandingan Sebudi I Anjuran PKKSSAAS, UPM

Pusat Jaminan Kualiti Berjaya Meraih Tempat Ketiga Pertandingan Sebudi I Anjuran PKKSSAAS, UPM

   
         

22 Februari 2023, Serdang- Pusat  Jaminan Kualiti telah menyertai Pertandingan Kuiz Seni Budaya Dan Warisan (Sebudi I) yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) dengan diwakili oleh Puan Zenaida Md Zenon, Puan Siti Fatimah Hasim dan Encik Ahmad Hafizd Hitam. Pertandingan tersebut telah diadakan di Panggung Percubaan, PKKSSAAS UPM pada 21 dan 22 Februari 2023.

Pertandingan SEBUDI merupakan satu inisiatif PKKSSAAS terhadap pemerkasaan pengetahuan dan meningkatkan kefahaman serta memberikan pendedahan bersandarkan pendekatan budaya nilai tinggi yang ditunjangi tiga (3) elemen utama iaitu tatasusila, tatacara dan tahap keintelektualan serta amalan nilai-nilai murni menerusi SEBUDI kepada warga UPM amnya. Pada hari pertama, peserta dari CQA telah berjaya melalui Saringan 1 yang melibatkan kuiz berbentuk KAHOOT dan kuiz ujian bertulis. Pada hari yang sama juga, CQA berjaya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir yang mana para peserta diuji dengan soalan berkaitan Adat dan Budaya, Jalinan Seni, Semarak Seni dan Persembahan, Jejak Warisan dan Selera Warisan.

Pada hari kedua pertandingan, CQA bersaing di Peringkat Akhir bersama Fakulti Pertanian, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Ekologi Manusia, Fakulti Pengajian Pendidikan dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Hasil semangat juang yang tinggi dan ilmu pengetahuan luas yang dimiliki oleh peserta CQA, Pusat Jaminan Kualiti berjaya mendapat tempat ketiga dan menerima sebuah plak beserta wang tunai berjumlah RM 400. 

Tarikh Input: 22/02/2023 | Kemaskini: 28/04/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEaQAy~