Mesyuarat Jawatankuasa Kualiti Universiti Putra Malaysia Kali Ke-59 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Mesyuarat Jawatankuasa Kualiti Universiti Putra Malaysia Kali Ke-59

Mesyuarat Jawatankuasa Kualiti Universiti Putra Malaysia Kali Ke-59

 
     
 
     

20 Februari 2024, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Kualiti Kali ke-59 pada 20 Februari 2024 bertempat di Dewan Senat, Bangunan Canselori Putra, UPM. Mesyuarat ini merupakan aktiviti tahunan yang telah dijadualkan dalam Takwim Aktiviti Kualiti Perkhidmatan UPM bagi Tahun 2024. Seramai 55 orang ahli yang terdiri daripada Timbalan Wakil Pengurusan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS), Timbalan-Timbalan Wakil Pengurusan Peneraju Proses (TWP PP), Timbalan-timbalan Wakil Pengurusan Pusat Tangggungjawab (TWP PTJ), Pegawai Kawalan Dokumen Universiti, Penyelaras Audit Universiti , Penyelaras Kepuasan Pelanggan Universiti, Pegawai Rekod Jabatan Universiti, Penyelaras Latihan Staf Universiti serta wakil-wakil hadir ke sesi mesyuarat yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Amin Ismail yang merupakan Pengarah Pusat Jaminan Kualiti merangkap Wakil Pengurusan ISO UPM.

Jawatankuasa Kualiti UPM berperanan untuk :

  1. Memastikan kesesuaian, kecukupan dan keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan ISO secara berkala;
  2. Membuat penilaian ke atas peluang penambahbaikan dan keperluan perubahan kepada:
    + pelan tindakan peringkat fungsian dan aras.
    + Objektif dan sasaran ISMS.
  3. Meluluskan sebarang cadangan pindaan dokumen bagi skop Pengurusan ISO (QMS &ISMS); dan
  4. Mengambil maklum keberkesanan pelaksanaan ISO di peringkat Peneraju Proses dan Pusat Tanggungjawab (PTJ)

 

Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah seperti berikut:

  1. Pengurusan Dokumentasi ISO UPM;
  2. Pengurusan Audit Kualiti ISO UPM;
  3. Pencapaian Objektif ISO UPM;
  4. Maklum Balas Pihak Berkepentingan ISO UPM;
  5. Penilaian Risiko ISO UPM;
  6. Pengurusan Latihan Universiti;
  7. Pengurusan Rekod Universiti; dan
  8. Hal-hal Lain berkaitan pengurusan kualiti UPM.

Tarikh Input: 19/03/2024 | Kemaskini: 19/03/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEcMA1~