Lawatan Penanda Aras Universiti UCSI Ke Pusat Jaminan Kualiti, UPM | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Lawatan Penanda Aras Universiti UCSI ke Pusat Jaminan Kualiti, UPM

Lawatan Penanda Aras Universiti UCSI ke Pusat Jaminan Kualiti, UPM

23 May 2019, Serdang – Sekitar kurang lebih jam 2.30 petang tadi, bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Jaminan Kualiti, Aras 4, Bangunan TNCPI pihak Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menerima pelawat dari Universiti UCSI  Delegasi seramai 4 orang itu telah disambut dan diberikan taklimat dan sesi perkongsian oleh Profesor Dr. Amin Ismail, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti.  Sesi perkongsian tersebut turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Akademik dan Akreditasi.  Rombongan tersebut dihadiri oleh Profesor Madya Dr. Jimmy Mok Vee Hoong, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Puan Noraini Jeganathan, Pengarah Kumpulan Pejabat Pendaftar, Goh Qi Rui, Pengurus Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Noor Hazani Zabri . 

Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengatahui tentang tugas dan fungsi pusat terutama pada proses swaakreditasi.  Selain itu, menpelajari operasi, proses, dan kemudahan di Pusat Jaminan Kualiti.  Disamping membina jaringan kerjasama dengan universiti yang berstatus Swaakreditasi.  Pertemuan singkat tersebut juga berkisar kepada perkongsian informasi antara entiti Universiti Awam (UA) dan entiti Universiti Swasta ini dilihat berjaya di samping terdapat sesi soal jawab sepanjang program yang digunakan secara baik oleh kedua-dua pihak.  Semoga lawatan seumpama ini dapat dilakukan dari semasa ke semasa bagi mengembangkan ilmu dan kaedah yang digunapakai.

Tarikh Input: 25/09/2019 | Kemaskini: 25/09/2019 | normuliana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEaLAA~