CQA Anjurkan Kursus MS ISO/IEC 17025:2017 Understanding & Implementing | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » CQA Anjurkan Kursus MS ISO/IEC 17025:2017 Understanding & Implementing

CQA Anjurkan Kursus MS ISO/IEC 17025:2017 Understanding & Implementing

20 Februari 2024, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA), telah menganjurkan Kursus Siri 1 bertajuk MS ISO/IEC 17025:2017 Understanding & Implementing bertempat di Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan menjemput Puan Anijah Binti Pangat yang merupakan Principal Consultant dari SIRIM STS Sdn. Bhd. sebagai penceramah kursus.

Kursus yang telah dijalankan selama dua hari mulai 20 dan 21 Februari 2024 menyasarkan peserta dari PTJ yang mempunyai makmal akreditasi yang menjalankan ujian, pensampelan atau penentukuran. Kursus tersebut telah dihadiri seramai 31 orang peserta iaitu 18 orang staf dari Fakulti Kejuruteraan (FK), 5 orang staf dari Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) dan 8 orang staf dari Fakulti Sains (FS).

Objektif kursus diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada Pengurus Kualiti (QM), Pengurus Laboratori, Pegawai Kawalan Dokumen (DCO), Pengurus Teknikal, Kompeten Personel dan Approved Signatories dari segi penilaian dan piawaian pematuhan MS ISO/IEC 17025:2017, memahami kepentingan makmal akreditasi dan memberikan pendedahan bagaimana menggunakan keperluan ISO/IEC 17025 untuk operasi makmal.

Melalui kursus ini, diharapkan agar makmal akreditasi memahami keperluan MS ISO/IEC 17025:2017 dan seterusnya memastikan komitmen ke arah pelaksanaan sistem pengurusan kualiti dan penambahbaikan berterusan selaras dengan ketetapan mengikut keperluan standard. Diakhir kursus ini, peserta berjaya memahami keperluan ISO/IEC 17025 dan bagaimana makmal boleh melaksanakannya.

 

 

     
     

Tarikh Input: 28/04/2024 | Kemaskini: 28/04/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
WXFNFA5~