Bahagian ini menerangkan tentang panduan penyediaan dokumen program yang mencakupi format dan templat dokumen seperti yang ditetapkan oleh MQA untuk tujuan akreditasi program ODL.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. Keperluan dokumen yang wajar disediakan adalah mengikut kategori akreditasi atau audit program. Ringkasan keperluan dokumen mengikut akreditasi serta tindakan penyediaan dokumen ditunjukkan dalam Jadual 6.1 berikut:
Jadual 6.1 Ringkasan Tindakan Penyediaan Dokumen Program
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3. Kriteria dan standard COPPA:ODL (2019) MQA yang dibangunkan oleh MQA adalah dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, fakulti/sekolah diminta untuk memberikan maklum balas dalam Bahasa Melayu, selaras dengan arahan kerajaan yang mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pentadbiran.
4. Dalam menyediakan dokumen program, fakulti/sekolah perlu menggunakan borang yang telah ditetapkan oleh MQA yang boleh diakses di laman web MQA: https://www.mqa.gov.my/ atau di portal e-ISO UPM pada modul Swaakreditasi i. Borang MQA-01-ODL untuk Akreditasi Sementara; atau ii. Borang MQA-02-ODL untuk Akreditasi Penuh dan Audit Pengekalan. Bagi Audit Semakan Semula, fakulti/Sekolah perlu menggunakan Borang MQA-02-ODL, tetapi hanya perlu mengemukakan dua bidang penilaian sahaja iaitu Bidang 1 dan Bidang 2.
5. Dokumen program pengajian yang telah lengkap perlu dikemukakan secara salinan lembut ke urusetia untuk pertimbangan Jawatankuasa Swaakreditasi Program Pengajian (JKSPP). Tatacara terperinci proses penyediaan dokumen program, proses pengauditan dan kelulusan akreditasi/audit boleh merujuk kepada Prosedur Audit Swaakreditasi Program Pengajian (UPM/SOK/SWA/P001) dan garis panduan berkaitan yang boleh dicapai di e-ISO UPM. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
RUJUKAN
Agensi Kelayakan Malaysia. (2019). Code of Practice for Programme Accreditation: Open and Distance Learning. Penerbit Agensi Kelayakan Malaysia. Surat Makluman MQA Bil. 12/2020. Permohonan Pengajian Dengan Kaedah Penyampaian Secara Open and Distance Learning (ODL) Tanpa Perlu Mempunyai Program Yang Sama dengan Kaedah Penyampaian Program Konvensional. 29/12/2020. Agensi Kelayakan Malaysia. Universiti Putra Malaysia. (2021). Pelan Strategik Universiti Putra Malaysia 2021-2025. Penerbit Universiti Putra Malaysia. |
Tarikh Input: 06/10/2023 | Kemaskini: 14/11/2023 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor