Buku QA ODL UPM - 6 (Bahagian E-1): Keperluan Pematuhan Kepada Standard MQA Dan Prosedur UPM | PUSAT JAMINAN KUALITI
» ARTIKEL » Buku QA ODL UPM - 6 (Bahagian E-1): Keperluan Pematuhan Kepada Standard MQA dan Prosedur UPM

Buku QA ODL UPM - 6 (Bahagian E-1): Keperluan Pematuhan Kepada Standard MQA dan Prosedur UPM

 
Bahagian ini menerangkan tentang panduan penyediaan dokumen program yang mencakupi format dan templat dokumen seperti yang ditetapkan oleh MQA untuk tujuan akreditasi program ODL.
 

6.1               Keperluan Pematuhan Kepada Standard MQA dan Prosedur UPM

 
  1. Dalam menyediakan dokumen program bagi tujuan akreditasi dan semakan semula kurikulum, fakulti/sekolah perlu merujuk kepada keperluan standard MQA terkini di laman web MQA https://www2.mqa.gov.my/QAD bagi memastikan pematuhan program terhadap standard yang ditetapkan iaitu:

 

                 i. Kerangka Kelayakan Malaysia  (KKM)   atau   Malaysian Qualifications Framework (MQF) terkini.       

        

  •             Penjelasan berkaitan tahap pembelajaran, hasil pembelajaran dan sistem kredit berasaskan beban pembelajaran                        pelajar.

       

                ii.  Kod Amalan Akreditasi Program: Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (2019) (COPPA-ODL).

     

                iii.  Standard

  •              Dokumen standard menetapkan garis panduan umum berkenaan sesuatu tahap kelayakan berdasarkan MQF iaitu                         Kursus Asas, Diploma Eksekutif, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran serta Sijil Siswazah dan Diploma Siswazah.

     

                iv. Standard Program

  •             Kriteria yang ditentukan berdasarkan tahap minimum yang perlu dicapai untuk sesuatu bidang dan merangkumi                            kesemua tahap kelayakan MQF dari sijil hingga ijazah

   

               v.   Garis Panduan Amalan

  •             Siri garis panduan untuk membantu institusi dalam melaksanakan amalan dan standard yang terkandung dalam                            Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA).

   

   2. Dokumen program yang akan disediakan hendaklah:

       i. menggunakan format COPPA:ODL (2019) yang boleh dirujuk dalam laman web MQA https://www.mqa.gov.my/ atau

          di portal e-ISO UPM di bawah modul Swaakreditasi

      ii. merujuk bersama standard program (jika ada); atau

     iii. merujuk dokumen standard yang berkaitan, contohnya Standard Ijazah Sarjana dan Kedoktoran untuk program siswazah

         iaitu Master dan PhD.

 

  3. Fakulti/Sekolah wajar memastikan keperluan tindakan penyediaan dokumen program serta proses kelulusan akreditasi dipatuhi

      sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur Audit Swaakreditasi Program Pengajian (UPM/SOK/SWA/P001) dan garis

      panduan berkaitan yang boleh dicapai di e-ISO UPM.

Tarikh Input: 05/10/2023 | Kemaskini: 14/11/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXFCXAH~