Bahagian ini menerangkan secara umum tentang pembangunan Jam Pembelajaran Pelajar (JPP) dan Self-Instructional Materials (SIM) untuk program ODL UPM berdasarkan standard COPPA:ODL (2019). Pematuhan kepada panduan JPP dan SIM oleh pemilik program sangat penting dalam memastikan pematuhan kepada standard COPPA:ODL (2019). 4.2 PANDUAN PEMBANGUNAN SIM
SIM ialah bahan pengajaran kendiri yang bertujuan untuk membolehkan pelajar belajar sendiri (atau belajar sendiri secara bebas) tentang sesuatu topik/ isu. SIM disediakan melalui proses reka bentuk dan pembangunan bahan.
4.2.1 SIM
i. Self-learning: Ciri yang membolehkan pelajar belajar sendiri dengan merujuk kepada bahan pengajaran seperti nota, aktiviti dan pentaksiran yang disediakan. ii. Self-explanatory: Ciri yang membolehkan pelajar jelas terhadap penyampaian inti pati topik dan kandungan disampaikan dengan gaya konsisten serta mudah difahami dengan cadangan rujukan tambahan yang minimum. iii. Self-contained: Ciri yang lengkap dan disertakan dengan contoh, penerangan, ilustrasi, pembayang dan rujukan. iv. Self-motivating: Ciri yang memberikan bimbingan, petunjuk dan cadangan yang diperlukan pada setiap peringkat pembelajaran. Ciri ini juga disertakan dengan langkah pembelajaran dan bersifat mesra pelajar melalui gaya penulisan perbualan dan penggunaan bahasa yang mudah. v. Self-directed: Ciri yang menimbulkan rasa ingin tahu dan mengaitkan kandungan bahan dengan situasi semasa. vi. Self-evaluating: Ciri yang mempunyai latihan penilaian kendiri sebagai aktiviti serta pentaksiran bagi tujuan mengukur pencapaian pelajar.
Rajah 4.2 Ciri SIM
4.2.2 Reka Bentuk SIM
2. Reka bentuk modul SIM boleh dirancang dengan mengenal pasti perkara yang ditunjukkan di Jadual 4.5 berikut:
Jadual 4.5 Borang Reka Bentuk SIM
4.2.3 Pembangunan SIM
a. Menerima pakai bahan sedia ada; atau b. Menyesuai bahan sedia ada; atau c. Mencipta bahan asal; atau d. Sebarang pendekatan lain yang bersesuaian
2. Pemilik program harus melaksanakan amalan atribusi jika mengguna pakai semula bahan pembelajaran terbuka (Open Educational Resources), serta mempertimbang perlindungan hak harta intelek dan pelesenan SIM yang dibangunkan. Undang-undang hak cipta dan amalan terbaik mestilah wujud dan dipatuhi.
3. SIM yang dibangunkan harus mengandungi maklumat serta arahan yang lengkap bagi membimbing pembelajaran kendiri pelajar. Pelbagai item pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.3 boleh dibangunkan menggunakan LMS, bergantung kepada hasil pembelajaran dan mod Pembangunan SIM perlu mengambil kira perkara berikut: a. Maklumat am mengenai kursus perlu dipaparkan: i. hasil pembelajaran kursus; ii. maklumat pensyarah dalam bentuk video pengenalan dan gambar; iii. aktiviti pembelajaran contohnya bilangan, jenis pentaksiran, jadual dan kaedah penghantaran tugasan; iv. kaedah komunikasi contohnya melalui emel, Whatsapp group, Facebook group dan panggilan telefon; v. jadual pembelajaran dan aktiviti interaksi; serta vi. rujukan utama
b. Pemilihan jenis bahan perlu berdasarkan kesesuaian isi topik yang ingin disampaikan iaitu: i. slaid yang mengandungi isi topik yang disampaikan dalam bentuk teks, rajah dan video, serta disertai arahan cara menggunakan bahan tersebut bagi tujuan pembelajaran; ii. artikel yang dihasilkan dalam format .doc dan pdf, dan mengandungi isi topik yang disampaikan dalam bentuk teks, rajah dan video, serta disertai arahan cara menggunakan bahan tersebut bagi tujuan pembelajaran; iii. infografik yang dihasilkan bagi menerangkan isi topik diringkaskan dalam bentuk grafik; iv. video yang menerangkan kandungan topik, demonstrasi, tutorial, perbincangan, kajian lapangan dan simulasi; v. audio yang meringkaskan kandungan topik, arahan pembelajaran modul dan penerangan topik; vi. pautan kepada rujukan di internet seperti video Youtube, berita dan tutorial di internet; vii. pautan kepada aplikasi Web 2.0 bagi tujuan pembelajaran (seperti Padlet, ThingLink, Mentimeter, Blendspace, Quizizz,Kahoot dan Google Drive); serta viii. lain-lain jenis bahan yang bersesuaian c. Pemilik program mestilah bertanggungjawab untuk memastikan penyampaian yang berkesan bagi mencapai hasil pembelajaran program. Aktiviti boleh dilaksanakan melalui dua (2) jenis pembelajaran iaitu segerak dan tidak segerak d. Jenis aktiviti yang boleh dilaksanakan hendaklah bersifat: i. menyediakan dan mengembangkan kemahiran praktikal seperti melalui latihan dan refleksi bagi meningkat kefahaman topik, serta dapatan maklumat melalui rujukan tambahan melalui internet atau teks; ii. menekankan interaksi/kolaborasi di antara pensyarah dan pelajar, dan sesama pelajar seperti melalui forum; iii. menggalakkan pelajar mengembangkan pemahaman modul melalui gamifikasi; serta iv. berupaya menyokong pelajar menyemak pemahaman kendiri melalui fungsian Feedback yang memberi respon secara automatik, atau melalui komunikasi sesama pelajar, dan/atau pelajar-pensyarah. e. Pelbagai kaedah dan alat pentaksiran secara inovatif mestilah digunakan dengan sewajarnya untuk menilai hasil pembelajaran dan kecekapan: i. pentaksiran bagi mengukur pencapaian pelajar boleh dilaksanakan seperti melalui tugasan dan kuiz; ii. markah pentaksiran boleh diambil kira untuk mengukur pencapaian pelajar (graded assessment) sebagai assessment of learning; atau tidak diambil kira bagi tujuan penggredan (non- graded assessment) sebagai assessment for learning; serta iii. pentaksiran boleh dilaksanakan dengan semakan secara automatik, (melalui fungsian Quiz) oleh pensyarah, atau melalui (fungsian Assignment). f. Arahan, maklumat dan langkah pembelajaran perlu disediakan bagi membantu pelajar menggunakan SIM secara Kekerapan, kaedah dan kriteria penilaian pelajar termasuk kriteria penggredan dan dasar rayuan mesti didokumenkan dan dimaklumkan kepada pelajar pada permulaan program. Perubahan kepada kaedah penilaian pelajar mestilah mengikut penetapan di dalam prosedur dan peraturan serta dimaklumkan kepada pelajar sebelum pelaksanaan. g. Item bersesuaian di dalam LMS juga perlu digunakan dan diaktifkan berserta arahan. Pensyarah memuat naik bahan, menjejak dan menyemak penglibatan pelajar yang telah melengkapkan sesuatu pentaksiran serta berkomunikasi bagi membimbing pelajar. h. Pembangunan SIM perlu disemak bagi memastikan kualiti bahan mencukupi dan bersesuaian dengan mod penyampaian. Rajah 4.4 boleh membantu pensyarah memastikan kecukupan dan keperluan dalam membangun SIM.
Rajah 4.3 Contoh Item Pembelajaran yang Digunakan Sebagai SIM
Rajah 4.4 Senarai Semak Pembangunan SIM
Berikut merupakan pautan contoh reka bentuk pembangunan SIM: a. Modul dengan reka bentuk pembelajaran kendiri di kursus MC UPM. Pembangunan kursus micro-credentials UPM: https://putramooc.upm.edu.my/ b. SIM dalam bentuk slaid/teks/artikel: http://arcmit01.uncw.edu/hpl0346/ links/food_pyramid_mod.pdf dan https://www.academia.edu/19830142/ MODUL_PENGAJARAN_KENDIRI?email_work_card=view-paper c. SIM dalam bentuk video: https://www.youtube.com/watch?v=BBWjl8AmT-s |
Tarikh Input: 25/09/2023 | Kemaskini: 01/11/2023 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor