Buku QA ODL UPM - 4 (Bahagian C1): Panduan Pembangunan JPP Dan Sim ODL UPM | PUSAT JAMINAN KUALITI
» ARTIKEL » Buku QA ODL UPM - 4 (Bahagian C1): Panduan Pembangunan JPP dan Sim ODL UPM

Buku QA ODL UPM - 4 (Bahagian C1): Panduan Pembangunan JPP dan Sim ODL UPM

 

 

Bahagian ini menerangkan secara umum tentang pembangunan Jam Pembelajaran Pelajar (JPP) dan Self-Instructional Materials (SIM) untuk program ODL UPM berdasarkan standard COPPA:ODL (2019). Pematuhan kepada panduan JPP dan SIM oleh pemilik program sangat penting dalam memastikan pematuhan kepada standard COPPA:ODL (2019).

4.1 PANDUAN PEMBANGUNAN JPP ODL

 

4.1.1          Kriteria Program ODL

 

  1. Contoh pematuhan kepada kriteria wajib bagi program ODL prasiswazah adalah seperti di Jadual 4.1 berikut:

 

Jadual 4.1 Contoh Pematuhan Kriteria Wajib COPPA:ODL (2019) Program ODL Prasiswazah

  PROGRAM DENGAN 40 KURSUS (120 KREDIT)
  Kursus 1 Kursus 2 Kursus 3 ……………………… Kursus 4
  3 kredit        
 

JPP (120 jam)

•  Sebanyak 80% daripada JPP disampaikan secara ODL = 96 jam.

•  Sementara baki 20% boleh dijalankan secara bersemuka = 24 jam.

•  Jika sesuatu kursus disampaikan secara ODL sehingga 80% daripada JPP, maka kursus berkenaan boleh dikira        sebagai kursus ODL.

 

•  Sebanyak 60% daripada keseluruhan kursus dalam program iaitu 40 kursus disampaikan secara ODL = 24 kursus ODL.

•  Sementara baki 40% daripada keseluruhan kursus dalam program iaitu 40 kursus boleh dijalankan secara konvensional = 16         kursus konvensional.

•  Jika terdapat 24 kursus atau lebih dijalankan secara ODL, maka program berkenaan boleh dikira sebagai program ODL.

 

2. Sesuatu kursus dikategorikan sebagai kursus ODL berdasarkan kriteria berikut:

     a.Sekurang-kurangnya 80% daripada JPP mesti dilaksanakan secara:

        i. segerak iaitu disampaikan secara dalam talian atau melalui penggunaan teknologi (online/technology mediated); dan

       ii. tidak segerak iaitu disampaikan melalui pembelajaran kendiri (independent learning).

     c. Disokong melalui interaksi yang teratur dan berkesan di antara pelajar dan pensyarah dengan penyediaan SIM dan perkhidmatan sokongan pembelajaran

         lain yang boleh dicapai melalui LMS.

     d. Pelaksanaan PdP dengan kaedah bersemuka secara fizikal mestilah tidak melebihi 20% daripada jumlah JPP bagi sesuatu kursus

 

3. Contoh aktiviti kursus ODL adalah seperti yang digambarkan pada Rajah 4.1 berikut:

 

 

Rajah 4.1 Komponen, Mod dan Kategori Bagi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sesuatu Kursus ODL

 

4.1.2          Panduan Pembangunan JPP Kursus ODL

 

  1. JPP merupakan jumlah masa jangkaan yang akan diluangkan oleh pelajar bagi keseluruhan aktiviti PdP, termasuk pentaksiran untuk mencapai hasil pembelajaran kursus ODL yang ditetapkan.

 

     2. Pengiraan JPP perlu mengambil kira kesemua aktiviti PdP sesuatu kursus secara formal atau tidak formal, dibimbing/berpandu (guided) atau tidak

         dibimbing/kendiri (non-guided/independent learning), serta termasuk pentaksiran.

 

     3.JPP bagi sesuatu kursus terdiri daripada:

        (i)  Jam pembelajaran dibimbing/berpandu (guided) sama ada secara bersemuka (guided F2F) atau/dan tidak bersemuka (guided NF2F);

        (ii) Jam pembelajaran kendiri (non-guided/independent learning NF2F) seperti persediaan pentaksiran, ulangkaji, tugasan, projek); serta

        (iii)Jam pentaksiran berterusan dan peperiksaan

 

     4. Contoh aktiviti bagi pembelajaran dibimbing/berpandu (guided) dan pembelajaran tidak dibimbing/kendiri (non-guided/independent learning) adalah seperti

         dalam Jadual 4.2 berikut:

 

Jadual 4.2 Contoh Aktiviti Bagi Pembelajaran Dibimbing/Berpandu (Guided) dan Tidak Dibimbing/Kendiri (Non-Guided/Independent Learning)

  Kategori Pembelajaran Dibimbing/ Berpandu(Guided) Pembelajaran Tidak Dibimbing/Kendiri (Non-Guided/Independent Learning)
  Aktiviti

•  Interaksi dengan pensyarah dan pelajar lain              secara segerak (pada masa yang sama).

•  Membaca atau menggunakan bahan pengajaran.

•  Penglibatan dalam diskusi, tugasan dan                      pembentangan.

•  Interaksi dengan pensyarah dan pelajar lain secara tidak segerak (pada

    masa yang berbeza).

•  Ulang kaji bahan pengajaran yang telah disampaikan dalam sesi kuliah.

•  Persediaan kuliah.

•  Memberi respon dan melibatkan diri dalam perbincangan melalui forum,              laman sosial atau webinar.

•  Menyiapkan tugasan dan pembentangan.

 

5. JPP disokong melalui aktiviti segerak atau tidak

6. Pelaksanaan kursus ODL mesti melibatkan sekurang-kurangnya satu (1) sesi perjumpaan bersemuka sama ada secara fizikal atau dalam talian. Contoh aktiviti

    yang boleh dilaksanakan dalam sesi ini ialah perbincangan dalam kumpulan dan syarahan.

7. Maklumat JPP perlu diisi di dalam Jadual 4 Bagi memudahkan pengiraan JPP, Table 4 dalam COPPA:ODL (2019) digunakan sebagai templat

    (https://bit.ly/Table4ODL). Maklumat yang ditulis di dalam Table perlu disalin ke dalam Jadual 4.3 berkenaan.

 

Jadual 4.3 Ringkasan Maklumat Kursus

 

 

8.Pembelajaran segerak merujuk kepada sesi PdP yang mana pensyarah dan pelajar berkumpul pada masa yang sama (fizikal atau maya), dan berinteraksi

   dalam masa yang sama (tetapi tidak semestinya berada di lokasi yang sama) secara dalam talian atau menggunakan pengantara teknologi (technology

   mediated) seperti aplikasi persidangan web dan

9. Pembelajaran tidak segerak iaitu pembelajaran kendiri dilakukan di lokasi dan/atau masa yang berbeza. Pensyarah menetapkan tempoh untuk pelajar

    membaca atau mempelajari bahan pengajaran seperti kuliah, video yang telah dirakam, syarahan audio, slaid interaktif, nota kuliah dan sebarang bahan

    rujukan pembelajaran yang disyorkan (contohnya laman web, bab dalam buku, kompilasi daripada video dan sebagainya). Pembelajaran berlaku melalui

    aktiviti secara dalam talian seperti perbincangan interaktif menggunakan forum dan gamifikasi sebagai sebahagian daripada penilaian formatif.

10. Pertimbangan pengiraan jumlah JPP perlu mengambil kira keperluan atau syarat yang unik bagi sesuatu disiplin/kursus.

11. Cadangan peruntukan jam pembelajaran kendiri berdasarkan jam pertemuan bersemuka bagi pelbagai aktiviti PdP dan pentaksiran adalah seperti dalam

     Jadual 4.4 berikut:

 

Jadual 4.4 Panduan Anggaran* Peruntukan JPP Bagi Pelbagai Aktiviti PdP dan Pentaksiran

 

  Aktiviti Jam Pembelajaran Berpandu Jam Pembelajaran Kendiri
  Pembelajaran    
 

•  Interaksi secara langsung dengan pelajar menggunakan                aplikasi Zoom, Google Meet dan Webex dalam kuliah/tutorial/        perbincangan/demonstrasi dan sebagainya.

1 jam (F2F) 1-2 jam (Bergantung jika topik yang sukar mungkin boleh sehingga 3 jam)
  •  Aktiviti pembelajaran secara kolaboratif merangkumi kerja             berkumpulan atau perbincangan antara kumpulan berdasarkan       tajuk yang diberikan pensyarah/PBL/forum. 1 jam (NF2F) 1-2 jam
  •  Melihat bahan di skrin yang dimuat naik.

Secara purata adalah 5 minit bagi setiap skrin (NF2F).

Contoh:

18 slaid x 5 minit =90 minit atau 1.5 jam

Boleh ditentukan oleh pensyarah dengan melihat tahap kesukaran artikel jurnal berkenaan
 

•  Aktiviti pengajaran merangkumi tugasan seperti perbincangan       kumpulan, forum dalam talian dan interaksi kolaboratif dalam         talian.

1 jam (NF2F) 1-2 jam
  •  Sesi pembentangan (rakaman). 30 minit (NF2F) 3-4 jam
  •  Ringkasan kes. 0 jam 8-11 jam per hari sepanjang semester atau 40-50 jam per minggu atau 120 minit per muka surat (Pilih yang bersesuaian)
  Pentaksiran    
  Peperiksaan Akhir Open Book Exam/Take Home Exam 3 jam (NF2F) 9 jam
  Pembelajaran Berasaskan Masalah  2 jam (F2F)  3 jam
  Pembentangan/Viva  1 jam (F2F)  3-4 jam
  Laporan/Esei (2000 perkataan)  0 jam  10 jam
  Kuiz/Ujian  1 jam (NF2F)  1-2 jam
  Pembelajaran Berasaskan Projek 0 jam Idea/Persediaan = 5 jam Produk = 20 jam
  Tugasan Makmal/ Latihan/Tutorial 1 jam (F2F) 1-2 jam

 

*Nota: Panduan membuat anggaran JPP:

Jumlah jam yang dicadangkan hanyalah sebagai panduan.

Bagi pembelajaran modul yang masanya ditetapkan atau secara e-pembelajaran, jika 3 jam ditetapkan maka ianya dianggap pembelajaran kendiri.

 

 

 

Tarikh Input: 18/09/2023 | Kemaskini: 06/10/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXFCWAH~